Buah Pinggang Sihat

Penyakit Diabetes atau Kencing Manis

kencing-manis-membawa-banyak-keburukan-kepada-pesakit

Penyakit Diabetes atau Kencing Manis adalah salah satu penyakit pembunuh utama di negara kita selain daripada sakit jantung dan kanser. Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai Diabetes Mellitus. Penyakit ini berlaku di mana metabolisma badan kita terganggu sehingga mengakibatkan glokusa di dalam badan tidak dapat digunakan sebagai tenaga mengikut kadar yang maksimal.

Ia boleh berlaku apabila pancreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormone insulin tidak cukup untuk membawa gula ke sel badan kita. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Pesakit kencing manis akan merasa lemah dan keletihan akibat kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekaljan ke dalam sel.

Antara punca penyebab kencing manis adalah seperti berikut:

  • Tidak melakukan senaman dan gaya hidup yang tidak aktif.
  • Pengambilan makanan tinggi lemak yang berlebihan.
  • Berat badan yang berlebihan atau obesity
  • Peningkatan usia seseorang
  • Keturunan & bangsa

Penyakit kencing manis atau diabetes ini juga adalah pembunuh senyap kerana kebiasannya pesakit yang menghidapinya hanya menyedari setelah mereka mengalami peringkat yang sudah kronik.

Kerosakan Buah Pinggang

Buah pinggang rosak

Seorang Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway iaitu Dr Tan Wee Ming menyatakan bahawa punca utama kerosakan buah pinggang adalah penyakit kencing manis (diabetes). Kerosakan buah pinggang secara umunya boleh terjadi tanpa kita sedari. Ia juga jarang memberi sebarang gejala awal sehinggalah keadaan buah pinggang menjadi lebih kronik. Pelbagai gejala pada ketika itu akan muncul seperti sering keletihan, selera makan menurun, sering kencing pada malam hari, kencing berdarah dan kaki membengkak.

Berikut adalah ringkasan tanda-tanda buah pinggang telah rosak

  • Kencing berdarah
  • Rasa tidak selesa atau terbakar pada kemaluan ketika buang air kecil
  • Sakit belakang dan sering buang air kecil pada malam hari.
  • Kekerapan membuang air kecil meningkat
  • Pengelangan kaki membengkak dan juga bahagian muka.
  • Mata kelihatan seperti sembab terutamanya pada pagi hari.

Bahan toksik yang berlebihan disebabkan buah pinggang rosak ini lama kelamaan akan meracuni badan dan bakal menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Fungsi Buah Pinggang

Buah Pinggang adalah sepasang organ berbentuk kacang merah yang terletak di atas sedikit daripada pinggang di bahagian belakang seseorang manusia. Buah pinggang sebelah kanan terletak betul-betul di bawah diafragma dan di belakang hati, manakala buah pinggang sebelah kiri pula terletak di bawah diafragma dan di belakang organ limpa. Bahagian atas setiap buah pinggang terletaknya kalenjar adrenal. Berat bagi setiap buah pinggang adalah kira-kira satu per empat paun dan mengandungi kira-kira satu juta unit penapisan yang dipangil nefron. Setiap nefron dihasilkan daripada glomerulus dan tubul. Glomerulus adalah peranti penapisan atau pengayak kecil, manakala tubul pula adalah tiub kecil bagi glomerulus. Buah pinggang disambungkan kepada pundi kencing oleh tiub yang dipanggil ureter. Air kencing disimpan di dalam pundi kencing sehingga pundi kencing dikosongkan apabila seseorang membuang air kecil. Pundi kencing pula disambungkan ke luar badan oleh tiub yang lain seperti struktur yang dipanggil uretra.

penyakit buah pinggang1

Peranan utama buah pinggang adalah untuk mengawal keseimbangan homeostasis cecair badan melalui proses penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian daripada darah dan menyingkirkannya melalui air kencing. Buah pinggang memproses kira-kira 200 liter darah setiap hari dan menghasilkan kira-kira dua liter air kencing. Mana-mana bahan yang tidak dperlukan atau membahayakan tubuh akan dibuangkan melalui air kencing. Sebaliknya bahan yang diperlukan oleh tubuh seperti glukosa, garam mineral, asid amino dan sebahagian daripada air akan diserap semula oleh buah pinggang dan dibawa oleh darah ke seluruh badan.

Kelebihan Makan Sahur

sahur

Sahur bermaksud mengambil makanan ketika hampir waktu subuh. Menurut Zamaksyari, masa terbaik untuk bersahur adalah dua jam sebelum masuk waktu subuh. Malah lebih hampir dengan waktu subuh adalah lebih baik.

Alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur. Dia mendapat dua kebaikan. Pertama, dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua, dapat ganjaran pahala dan keberkatan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

السَّحوربركة فلا تداعوه  ولَو أن يجُرعَ أحدكم جرعة الماء
 
“sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seseorang  kamu hanya minum seteguk air “
 
Antara kelebihan atau fadhilat sahur
 
1. Kita akan mendapat pahala kerana ianya sunnah Rasulullah s.a.w
2. Dengan bersahur kita juga akan mendapat keberkatan kerana ia menguatkan jasmani org berpuasa dan meningkatkan rohani dari segi keikhlasan beribadah.
3. Bersahur dapat menolong mengurangkan perasaan marah yang disebabkan kelaparan.
4. Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah S.W.T
5. Pada waktu sahur itu juga kita berpeluang lebih untuk mengingati Allah.
6. Bersahur juga melatih kita menjaga kesihatan dari segi pemakanan kerana kita digalakkan bersahur dengan makanan yang mudah hadam, kurang atau tidak pedas serta diakhiri dengan susu.
7. Berkat bersahur di akhir watu adalah supaya kita dapat mengekalkan keupayaan fizikal lebih lama sehingga waktu berbuka.
8. Apabila kita bangun sahur, secara tidak langsung ia memberi kita peluang menikmati waktu terbaik menunaikan Qiamullail atau sekurang-kurangnya melatih menunaikan solat subuh selepas bersahur.
Scroll To Top