Buah Pinggang Sihat

Prebiotik & Bakteria Baik

Prebiotik adalah unsur makanan yang sangat baik untuk usus dan sistem pencernaan kita. Ia tidak dapat dicerna usus dan merupakan ‘supplement’ yang bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan perkembangan mikrooragnisme baik dalam sistem pencernaan. Ia adalah serat yang berfungsi secara selektif merangsangkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar. Salah satunya adalah bifidobacteria.

Prebiotik adalah sumber yang amat diperlukan oleh bakteria Probiotik dan merupakan makanannya untuk perkembangan dan pembiakannya secara aktif.

prebiotik

Antara manafaat Prebiotik adalah:

  1. Dapat meningkatkan kesihatan salur percernaan.
  2. Juga dapat meningkatkan kemampuan penyerapan mineral secara optimal oleh tubuh
  3. Membantu menjaga daya tahan tubuh badan dan sistem imunisasi.
  4. Membantu keseimbangan bakteria dalam usus.

Buah Pinggang Bocor

Anda pasti pernah mendengar masalah pesakit yang menghadapi  masalah buah pinggang bocor. Jadi apakah dia yang dikatakan buah pinggang bocor? Buah pinggang bocor amat berkait rapat dengan Nephorotic Syndrome (NS). Nephorotic Syndrome adalah satu sindrom klinikal yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  1. Muka kelihatan sembab dan bengkak anggota badan
  2. Penurasan protein dalam air kencing melebihi 3 g/sehari
  3. Paras serum protein/albumin yang rendah
  4. Paras kolesterol yang tinggi

Nephrotic Syndrome

Dalam buah pinggang kita terdapat penapis halus yang dikenali sebagai glomeruli yang berfungsi menghalang albumin (sejenis protein) terkeluar melalui air kencing. Dalam kes Nephrotic Sydrome, gromerulli atau penapis yang telah bocor ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing dalam tempoh 24 jam.

 Ini menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan air keluar dari dalam salur darah ke tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan pada muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga akan mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

Antara gejala Nephrotic Syndrome adalah seperti berikut:

  1. Pengidap akan menjadi lemah dan tidak bermaya.
  2. Air kencing mereka menjadi berbuih-buih dan berbau kuat
  3. Mata dan muka mereka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri.
  4. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.
  5. Antobodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pengidap mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  6. Darah akan menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  7. Komplikasi yang paling menakutkan akibat buah pinggang bocor adalah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat Akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.

Rawatan

  • Biasanya ubat steroid (prednisolone) akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan secara beransur-ansur.
  • Sekiranya kebengkakan air pada muka dan badan ketara sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretic atau ubat kencingakan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaan ia tidak diberi.
  • Antibiotik juga akan diberi sekiranya ada jangkitan.

Sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang bocor atau tanda-tanda Nephrotic Syndrome seperti yang di nyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Mengkudu Baik Untuk Buah Pinggang

Mengkudu mempunyai khasiat yang baik untuk buah pinggang dan mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Penemuan semula dan minat masyarakat umum terhadapat tanaman ini bermula pada penghujung tahun 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.

buah-mengkudu

Satu bancian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan juga buah pinggang.

Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makan kesihatan atau makanan tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan kesihatan diri dan biopesticid.

Khasiat yang banyak termasuklah untuk kesihatan buah pinggang menjadikan buah mengkudu antara satu-satunya buah ‘ajaib’ yang baik untuk diamalkan.

Ubat Sakit Buah Pinggang

Terdapat beberapa ubat sakit buah pinggang yang boleh dikategorikan sebagai ubat semulajadi anugerah Ilahi yang boleh kita amalkan untuk kesihatan buah pinggang kita. Ianya boleh diamalkan sebagai kaedah rawatan alternatif untuk mengatasi masalah buah pinggang.  Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Daun Sup

daun-sup-lawaIa merupakan kaedah rawatan pembersihan semulajadi yang terbaik untuk buah pinggang. Ia mampu ‘mencuci’ buah pinggang kita. Caranya adalah dengan merebus daun sup dan meminum air rebusan daun sup tersebut. Amalkan segelas setiap hari, insya Allah akan terlihat kesan perubahan kesihatan buah pinggang melalui pengumpulam garam dan racun yang keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

  1. Ceri

Ilustrasi buah ceriBuah ceri sangat baik untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang. Para pesakit buah pinggang adalah digalakkan meminum pati buah ceri yang dapat membantu melancarkan sistem perkumuhan dan memudahkan pembuangan air secara natural.

  1. Asparagus

Asparagus-505x336Asparagus mengandungi bahan terapeutik yang aktif yang dikenali sebagai asparagin. Ia mempunyai manafaat dalam merawat buah pinggang. Jus asparagus dapat menolong memecahkan Kristal asid oksalik dalam buah pinggang. Ia juga dapat membantu pesakit buah pinggang melancarkan sistem pencernaan, melawaskan pembuangan air kecil dan meringankan sistem ginjal.

  1. Daun Parsli

parsliAir rebusan daun parsli juga dapat membantu mengeluarkan segala racun dan garam dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Amalkan satu gelas setiap hari untuk merasai perubahan kesihatan buah pinggang.

  1. Jagung

097414500_1438079406-20150728-JagungRerambut atau bulu jagung juga sebenarnya berupaya untuk mengubati masalah buah pinggang, pundi kencing dan pembuangan air. Caranya adalah dengan merendam sejumlah bulu jagung di dalam air mendidih. Biarkan selama 20 minit dan kemudian ditapis sebelum diminum. Campurkan satu sudu madu dalam air sebelum minum. Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk lebih berkesan.

Begitulah antara senarai ubat sakit buah pinggang yang boleh diamalkan sebagai ubat dan rawatan semulajadi untuk buah pinggang kita.

 

Tips Penjagaan Buah Pinggang

tips penjagaan buah pinggang

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang penjagaan buah pinggang kita dengan sebaik-baiknya. Secara umum, diet yang seimbang serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk memastikan buah pinggang kita akan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Namun begitu, saya ingin berkongsi beberapa tips tambahan supaya kita dapat memastikan buah pinggang kita kekal sihat.

  1. Mengawal tekanan darah dan gula dalam darah kita.

Ini adalah kerana antara dua punca utama penyakit buah pinggang adalah berpunca dari penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Jumlah glokosa yang tinggi dalam darah boleh merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil dalam buah pinggang kita. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran kecil di dalam buah pinggang kita. Saluran darah yang telah rosak tidak akan berupaya menapis bahan-bahan buangan dalam darah kita seperti yang sepatutnya.

  1. Kurangkan pengambilan daging

Kandungan protein haiwan yang tinggi akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik di mana asid uril merupakan punca dalam pembentukan batu asid urikdan juga penyakit gout.

  1. Minum air yang mencukupi

Air membantu untuk mengepam keluar toksin dan menghalang terjadinya batu karang. Namun begitu jangan minum air dalam kuantiti yang banyak sekaligus, sebaliknya minum dlama kadar yang sedikit tapi kerap dan sepanjang hari.

  1. Jauhi tabiat merokok

Merokok bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit buah pinggang tetapi juga menyumbang juga kepada kematian akibat strok dan serangan jantung.

  1. Kurangkan kafein

Kafein boleh bertindak sebagai deuritik yang menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan melalui proses penyahidratan. Ini akan menyebabkan buah pingggang kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan menyebabkan tekanan yang berlebihan.

Harapan saya agar tips penjagaan buah pinggang di atas dapat memberi manafaat untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang dan keseluruhan  tubuh badan kita.

Khasiat Durian Belanda

khasiat-buah-durian-belanda

Durian belanda adalah salah satu buah yang sedap dan segar. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau pun di buat jus. Daun dan buahnya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Pokok buah  durian belanda ini dikatakan berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan. Kini pokok ini telah banyak ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak yang diambil daripada bahasa Belanda iaitu zuurzak.

Di antara khasiat Daun Durian Belanda adalah seperti berikut:

  1. Daun durian belanda mampu menghalang pertumbuhan sel kanser.
  2. Daun durian belanda juga boleh merawat sakit pinggang
  3. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan daripada jangkitan.
  4. Daun durian belanda juga mampu merawat reumatik, gout dan juga bisul.

Manakala Buah Durian Belanda mengandungi banyak vitamin terutamanya vitamin C. Kandungan vitamin C yang cukup tinggi pada buah durian belanda ini menjadikan buah ini sebagai antioksidan yang sangat baik untuk daya tahan badan dan melambatkan proses penuaan.

Selain itu, buah durian belanda ini juga mengandungi mineral seperti fosfor dan kalsium. Kedua-dua mineral ini adalah penting dalam pembinaan tulang yang menjadikan tulang yang kuat. Ini dapat membantu menghindarkan diri daripada berlakunya tulang rapuh atau dikenali sebagai Osteoporosis.

Kini terdapat banyak jus durian belanda dijual diluar sana yang mana ia juga dapat membantu mengawal paras kencing manis dan darah tinggi.

Probiotik dan Prebiotik serta Manafaat Untuk Kesihatan

Anda pernah mendengar perkataan Prebiotik dan Probiotik? Istilah ini biasanya terdapat pada iklan-iklan produk makanan dan minuman khususnya produk susu. Bagi yang tidak biasa dengan istilah ini, sudah tentu anda akan tertanya-tanya apakah maksud istilah-istilah ini.

Baiklah, saya tuliskan di bawah ini…

Probiotik adalah bakteria baik (mikroorganisma hidup) yang terdapat di dalam sistem pencernaan. Bakteria baik ini  biasanya akan dikembangbiakkan dalam produk minuman di mana dalam jumlah yang seimbang akan memberi impak yang baik kepada kesihatan badan.

1091416_9617

Probiotik berfungsi untuk memberi keseimbangan mikroesosistem dalam system percernaan kita. Ia dapat membantu proses penghadaman, meningkatkan system imunisasi kita, meneutralkan dan menghilangkan racun dalam badan kita. Gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga kebersihan makanan dan minuman, stress dan penggunaan antobiotik yang berlebihan adalah antara faktor-faktor yang boleh mengganggu keseimbangan mikrooragnisma dalam system penghadaman kita.

Pengamalan suplemen Probiotik secara seimbang dapat membantu menjaga keseimbangan mikroekosistem, mencegah cirit-birit dan agin berlebihan dalam usus dan dapat melancarkan proses pencernaan.

what is probiotics 1

Manakala Prebiotik pula adalah makanan yang tidak dapat dicerna oleh usus, berfungsi sebagai makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan probiotik (mikroorganisma baik) dalam system penghadaman kita. Biasanya Prebiotik ini terdapat dalam produk susu, juga terdapat dalam buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli, asparagus, bawang putih dan bawang merah.

 

Scroll To Top