Buah Pinggang Sihat

Sayuran Untuk Kesihatan Buah Pinggang

Kesihatan buah pinggang juga dapat ditingkatkan dengan mengamalkan pemakanan beberapa jenis sayur-sayuran tertentu. Beberapa kajian saintifik menetapkan bahawa beberapa sayuran mempunyai nilai gizi yang tinggi. Sayuran mencangkup unsure-unsur mineral, pelbagai vitamin, protein dan karbohidrat. Sayuran juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, kerana sayuran mengandungi zat-zat semulajadi di dalamnya. Sayuran tidak mempunyai kesan sampingan seperti corchorus yang berkhasiat untuk merawat pesakit reumatik jantung dan lemahnya otot-otot jantung, kerana bijinya mengandungi glukosida (glucoside).

kobis-suedtirol

Antara sayuran yang dapat memelihara buah pinggang adalah sayur kobis. Kobis dapat meninggkatkan fungsi buah pinggang dan yang paling biasa digunakan sebagai ubat semulajadi untuk memulihkan dan menyuburkan buah pinggang. Ia merupakan sejenis makanan yang sesuai terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah buah pinggang. Kobis penuh dengan fitokimia yang membantu memecahkan radikal bebas sebelum mereka boleh melakukan kerosakan. Selain itu, ia adalah kaya dengan vitamin B6, C dan K bersama-sama dengan serat dan asid folik. Rendah dengan kalium, menjadikan kobis tambahan yang baik untuk diet dialisis.

bawang-putih-bumbu-dapur-yang-menyehatkan

Bawang putih juga bagus untuk kesihatan buah pinggang. Ia mempunyai antioksidan dan sifat-sifat anticlotting yang berkesan boleh mengurangkan risiko penyakit buah pinggang dan juga penyakit jantung. Makan 1-2 ulas bawang putih mentah setiap hari dengan perut kosong dapat mengurangkan tahap kolestrol tidak baik dan keradangan di dalam badan. Ia juga melindungi buah pinggang daripada kesan-kesan yang mungkin berbahaya .

Onions-360x360

Bawang besar pula penuh dengan antioksidan yang kuat, boleh membantu menyahtoksik dan membersihkan buah pinggang, dengan itu membantu mencegah pelbagai jenis masalah kesihatan berkaitan dengan buah pinggang.Rendah denga kalium, bawang juga mengandungi kromium, sejenis mineral yang membantu badan memetabolismekan lemak, protein dan karbohidrat. Ia juga mempunyai cirri-ciri anti-radang. Bawang boleh dinikmati mentah atau dimasak dalam pelbagai hidangan. Makan bawang mentah boleh membantu merawat batu buah pinggang secara semulajadi.

beauty

Sayur-sayuran lain seperti cili benggala merah dapat membantu memecahkan sisa toksik dalam darah, dan dengan itu menyumbang kepada kesihatan buah pinggang. Ia adalah rendah kalium dan kaya dengan vitamin A, B6 dan C, asid folik dan serat. Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, ia sering dinasihatkan untuk mengambil pemakanan berkelium rendah kerana buah pinggang yang rosak mungkin tidak dapat berfungsi dengan berkesan menapis kalium dari darah anda.

Begitulah sedikit manafaat dalam pengambilan sayur-sayuran tertentu dalam membantu memelihara dan meningkatkan kesihatan buah pinggang anda.

Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir

Penyakit buah pinggang tahap akhir merujuk kepada tahap akhir iaitu tahap kelima di mana pesakit perlu bergantung kepada rawatan dialisis bagi mencuci darah untuk meneruskan kehidupan. Pesakit akan melalui beberapa perubahan yang besar pada tubuh badan apabila penyakit buah pinggang kronik telah hampir kepada tahap akhir. Ini adalah saat yang paling sukar bagi kebanyakan pesakit apabila mereka mula mengalami gejala yang agak teruk. Kebiasaanya, gejala yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang ini termasuklah keletihan melampau, malnutrisi, muntah-muntah, sakit kepala, loya dan pelbagai simptom lain lagi.

dialisis

Sekiranya fungsi buah pinggang berada pada tahap 30 peratus daripada tahap normal, pesakit akan mula merasai simptom uremia, iaitu berasa lemah, muntah-muntah, hilang selera makan, dan mulut berasa pahit. Semasa peringkat pradialisis, keadaan pesakit perlu dipantau melalui ubat-ubatan dan perubahan cara hidup. Apabila keadaan buah pinggang semakin merosot di mana fungsinya kurang daripada 10-15 peratus daripada tahap normal, keadaan ini menunjukkan bahawa pesakit berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang. Keadaan ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya untuk membersih dan menapis bahan buangan dalam kitaran darah secara normal. Apabila keadaan ini berlaku, penyakit ini akan mengganggu kesejahteraan dan kualiti hidup pesakit.

Kesan Diabetes Terhadap Buah Pinggang dan Lain-lain Organ

71435126962_Diabetes

Aras glukosa dalam darah yang tinggi daripada normal untuk jangka masa yang lama boleh menjejaskan banyak bahagian tubuh dengan teruk. Beberapa masalah ini mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk terjadi. Tetapi jika selagi anda boleh pastikan aras glokusa dalam darah anda sentiasa kekal dalam linkungan normal, maka masalah tersebut dapat dielakkan daripada terjadi sama sekali. Ini merupakan satu sebab utama mengapa kawalan pengeluaran yang baik penting. Berikut adalah senarai bahagian pada badan yang boleh terjejas akibat diabetes:

  • Buah pinggang

Salah satu sebab mengapa anda diminta member sampel air kencing setiap kali menjalani pemeriksaan adalah supaya air kencing tersebut boleh diuji atau dikenal pasti sama ada mengandungi kesan protein yang mungkin menandakan permulaan masalah ginjal. Kehadiran protein boleh disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah kecil atau oleh sesuatu jangkitan. Mereka yang mengalami masalah aras glukosa darah yang tinggi lebih cenderung mendapat sistitis, jangkitan pundi dan ginjal dan diabetes boleh menyebabkan kerosakan pembuluh darah yang kecil.

  • Mata

Retinopati diabetes berpunca daripada perubahan pada pembuluh darah mata yang boleh menjejaskan penglihatan mata. Mereka yang menghidap diabetes untuk jangka masa yang lama boleh mengalami kerosakan pembuluh darah di belakang matanya, lebih-lebih lagi jika keadaan diabetesnya selama ini tidak dikawal dengan baik.

  • Jantung 

Penghidap diabetes mudah terdedah pada masalah peredaran, yang akan menyempitkan arteri koronari(jantung) menyebabkan angina dan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung.

  • Saraf

Kerosakan terhadap saraf dan pembuluh darah kecil boleh menyebabkan rasa kebas dan kurangnya kepekaan kepada kesakitan. Akibatnya anda tidak sedarakan kecederaan ringan yang kemudiannya akan dijangkiti kuman.

  • Genital

Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan gatal-gatal di sekitar kawasan genital. Pada lelaki, kerosakan pembuluh darah yang membekalkan darah ke penis boleh mengakibatkan masalah mati pucuk atau impoten.

 

Diet Untuk Mengekalkan Kesihatan Buah Pinggang

Tiga (3) kunci diet yang sihat bagi melindungi fungsi buah pinggang adalah seperti berikut:

  1. Hadkan pengambilan protein setakat keperluan badan anda. Secara ideal, pengambilan protein adalah sekitar satu per dua gram protein per pound jisim badan iaitu kira-kira 40 hingga 70 gram sehari. ‘The American Kidney Fund’ mencadangkan supaya menghadkan pengambilan protein maksimum 50 gram sahaja sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang.
  2. Menghadkan pengambilan fruktosa (gula) kepada 25 gram sehari iaitu kira-kira 6 sudu kecil atau kurang.water
  3. Minum air kosong sahaja dengan mengelakkan dari meminum minuman manis seperti soda dan juice buah-buahan. Ia membantu mengekalkan kesihatan dan fungsi buah pinggang anda. Cara terbaik untuk menganggarkan keperluan air anda ialah memerhatikan warna air kencing anda (secara ideal, warna kuning pucat terang) dan kekerapan anda ke bilik air ( secara ideal dalam lingkungan tujuh hingga ke lapan kali sehari)

Buah pinggang sihat

Healthy Kidney

Buah pinggang yang sihat melakukan enam (6) perkara seperti berikut:

  1. Mengawal tahap kandungan cecair di dalam badan.
  2. Menapis bahan buangan dan toksin di dalam darah
  3. Membebaskan hormon yang mengawal tekanan darah dalam badan
  4. Mengaktifkan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang
  5. Membebaskan hormon yang menggalakan penghasilkan sel darah merah
  6. Mengekalkan keseimbangan mineral di dalam darah (sodium, phosphorus, potassium)

Kegagalan Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang hilang keupayaan untuk menapis bahan buangan di dalam darah anda secara berkesan. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan buah pinggang dan fungsinya.

Ginjal Rosak

Terdapat 5 jenis kegagalan buah pinggang seperti berikut:

  • Acute Prerenal kidney Failure

Ianya berlaku apabila kekurangan aliran darah masuk ke buah pinggang. Ini menyebabkan buah pinggang tidak dapat menapis toksin daripada darahan kerana kekurangan aliran darah ke ginjal.Kegagalan buah pinggang jenis ini biasanya boleh dirawat apabila penyebab kekurangan aliran darah ini dapat dikenalpasti.

  • Acute Intrinsic Kidney Failure

Ia berlaku apabila berlaku impak fizikal seperti kemalangan. Kemungkinan lain termasuklah toksin yang berlebihan dalam darah dan ischema di mana berlaku kekurangan oksigen di dalam buah pinggang.

  • Chronic Prerenal Kidney Failure

Ia berlaku apabila kekurangan kemasukan darah ke dalam buah pinggang dalam tempoh yang lama, menyebabkan buah pinggang mula mengecut dan hilang keupayaan untuk berfungsi.

  • Chronic Intrinsic Kidney Failure

Ia terjadi apabila berlaku kerosakan jangka panjang kepada buah pinggang yang disebabkan ‘intrinsic kidney disease’. ‘Intrinsic kidney disease’ ini disebabkan oleh impak fizikal yang berlaku pada buah pinggang seperti pendarahan atau kekurangan oksigen.

  • Chronic Post-Renal Kidney Failure

Saluran kencing tersumbat dalam jangka masa yang panjang yang menghalang pembuangan air kencing menyebabkan tekanan dan akhirnya merosakkan buah pinggang.

Bagaimana Penyakit Buah Pinggang Boleh Dirawat?

Rawatan penyakit buah pinggang biasanya lebih bertumpu kepada pengawalan kepada penyebab kepada penyakit buah pinggang. Ini bermaksud, para doktor akan membantu anda dalam mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan tahap kolestrol ke tahap yang lebih baik. Mereka mungkin akan menggunakan salah satu kaedah di bawah dalam merawat penyakit buah pinggang.

  1. Kaedah perubatan dan ubat-ubatan

Doktor anda mungkin mencadangkan ‘ACE inhibitors’ (seperti lisinopril dan ramipril) atau ARBs (seperti irbesartan dan olmesartan). Ini adalah ubat-ubatan tekanan darah yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang. Doktor anda akan memberikan ubat-ubatan ini untuk mengekalkan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik walaupun anda tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

drugs

Satu lagi kaedah ubat-ubatan dalam merawat penyakit buah pinggang adalah menggunakan ‘cholestrol drugs’ (seperti simvastatin). Ubat ini dapat menurunkan tahap kolestrol dalam darah anda dan membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang anda. Bergantung kepada symptom penyakit buah pinggang anda, doktor juga mungkin mencadangkan ubat yang boleh mengurangkan kebengkakan dan merawat anemia (i.e. kekurangan sel darah merah)

  1. Kaedah Mengubah Diet dan Gaya Hidup

Mengubah diet anda adalah sama penting dengan mengambil ubat-ubatan seperti yang dinyatakan di atas. Perubahan gaya hidup yang sihat boleh membantu menghapuskan banyak penyebab kepada penyakit buah pinggang. Doktor anda mungkin mencadangkan kepada anda seperti berikut:

  • Mengawal diabetes melalui suntikan insulin
  • Mengelakkan makanan yang tinggi kolestrol
  • Mengawal pengambilan garam
  • Memulakan cara pemakanan diet yang sihat seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah lemak.
  • Mengawal pengambilan alcohol
  • Meningkatkan aktiviti fizikal
  • Menurunkan berat badan
  • Berhenti merokok

 

Durian dan Nangka Menjadi Pembunuh

Durian

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

“Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada.” ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. “

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poison.”

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual “bahan-bahan beracun.”

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama “ikhtiar” seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas “bahan kimia”.

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan ‘perubatan sunnah’ iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Oleh: Dr Mohd Syamirullah – Pegawai Perubatan Nefrologi (Buah Pinggang)

Scroll To Top