Buah Pinggang Sihat

Saringan awal buah pinggang

Penting : Mereka yang berusia 35 tahun ke atas disaran jalani ujian saringan

BUAH pinggang atau ginjal mungkin bukan organ tumpuan apabila membincangkan penyakit kronik yang membahayakan nyawa.

Hakikatnya apabila buah pinggang mengalami kerosakan atau berpenyakit, boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jika lambat mendapatkan rawatan.

Masyarakat hari ini juga perlu menyedari bahawa organ penapis bahan kumuh badan ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga keseimbangan beberapa fungsi badan dan organ lain.

dr-halim-gafor-hukm

Di negara ini, statistik menunjukkan setiap tahun pesakit buah pinggang semakin bertambah.

Pakar Perunding Kanan Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Abd. Halim Abd. Gafor berkata, peningkatan jumlah pesakit buah pinggan setiap tahun bukan sahaja kerana semakin ramai yang menghidap penyakit tersebut, tetapi juga disebabkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melakukan saringan kesihatan rendah.

Katanya, apabila ada kesedaran individu-individu yang mempunyai masalah dengan buah pinggang dapat dikesan.

“Jika mengikut statistik yang dikeluarkan setiap tahun, angka pesakit buah pinggang semakin meningkat kerana ramai yang telah menjalani saringan kesihatan.

“Daripada saringan tersebut pesakit-pesakit buah pinggang dapat dikesan dan jelas membuktikan bahawa masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran untuk menjalani saringan kesihatan.

“Yang pasti, pengesanan pada peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Tambah Dr. Abd. Halim, seperti kebanyakan penyakit kronik lain, penyakit buah pinggang dianggap ‘pembunuh senyap’ kerana pesakit mengetahui penyakit yang dihidapi setelah mencapai peringkat akhir.

buah-pinggang-utusan-malaysia

Disebabkan alasan itu juga, Dr. Abd. Halim menyarankan agar mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas menjalani saringan kesihatan setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan badan masing-masing.

Beliau memberitahu, setiap individu seharusnya mengambil tahu setiap inci tahap kesihatan tubuh badan masing-masing, kerana apa juga penyakit yang mungkin dihidapi boleh dirawat sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal.

Berbicara lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang, beliau berkata, antara penyebab buah pinggang bermasalah ialah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan batu karang.

“Untuk pengetahuan, di negara ini penyebab utama penyakit buah pinggang ialah komplikasi daripada penyakit kencing manis.

“Selain itu, penghidap darah tinggi dan batu karang juga perlu menjalani ujian saringan kesihatan buah pinggang kerana kedua-dua penyakit ini juga antara penyebab kepada penyakit buah pinggang.

“Pada masa yang sama, ada juga penyakit buah pinggang disebabkan oleh keturunan. Untuk itu, kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga berpenyakit buah pinggang segeralah jalani saringan kesihatan sebelum terlambat,” katanya.

Ulas beliau, dengan adanya kencing manis atau tekanan darah tinggi atau kedua-duanya sekali, penyakit buah pinggang mungkin akan menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada kegagalan fungsi tahap akhir buah pinggang.

Jika ini berlaku, pesakit hanya mempunyai dua pilihan sama ada menjalani rawatan dialisis (mencuci darah) atau pemindahan buah pinggang.

Tambah Dr. Abd. Halim, terdapat banyak bentuk penyakit yang membabitkan buah pinggang, namun yang kerap dihidapi masyarakat hari ini ialah, gelembung cecair pada buah pinggang (autosomal dominant polycystic kidney disease) dan radang buah pinggang.

Bagi penyakit gelembung cecair pada buah pinggang, majoritinya akan berlaku pada kedua-dua buah pinggang dan selalunya disebabkan oleh genetik yang tidak normal.

Lazimnya pesakit yang mempunyai masalah ini pada tahap akhir, menunjukkan gegala-gejala seperti muntah, tidak selesa, gatal-gatal, susah bernafas, dan tidak dapat makan akibat daripada toksin dan air yang terlalu banyak di dalam badan.

Ini juga akan mengakibatkan buah pinggang menjadi lebih besar daripada saiz normal iaitu 10 sentimeter dan buah pinggang boleh membesar sehingga 20 sentimeter.

Berbeza pula kepada mereka yang mengalami masalah radang buah pinggang kerana terjadi dengan sendiri hanya disebabkan oleh imuniti badan.

“Masalah radang buah pinggang, biasanya hanya akan menjejaskan buah pinggang pesakit, manakala bahagian badan yang lain tidak bermasalah.

“Radang buah pinggang ini boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada lelaki mahu pun wanita kerana terdapatnya darah dan protein di dalam air kencing.

“Bagaimanapun, peluang untuk pesakit penyakit radang buah pinggang pulih seperti sedia kala adalah tinggi sekiranya dirawat pada peringkat awal,” katanya lanjut.

Dr. Abd. Halim turut berkongsi maklumat dengan memberitahu, di Malaysia ada ubat tahan sakit yang tidak sesuai untuk buah pinggang dan ubat darah tinggi bukanlah penyebab utama kepada kerosakan atau pun kesakitan buah pinggang.

“Ada ubat darah tinggi bagus untuk buah pinggang kerana membuatkan organ tersebut tidak bekerja dengan kuat, bagaimanapun ada pesakit yang tidak sesuai dengan ubat tersebut.

“Jadi tanggapan bahawa ubat darah tinggi penyebab kepada kerosakan buah pinggang adalah sangat salah kerana ubat darah tinggi yang diberikan kepada pesakit akan diperiksa terlebih dahulu oleh doktor.

“Selain itu, ubat-ubatan herba juga tidak terkecuali kerana kita tidak tahu komponen aktif yang berada di dalamnya. Jadi, tidak mustahil jika kedua-dua jenis ubat ini, tahan sakit dan herba akan menyebabkan kerosakan atau kesakitan buah pinggang menjadi lebih teruk,” sambungnya.

pemindahan-buah-pinggang-utusan-malaysia

Untuk meningkatkan kesedaran risiko penyakit buah pinggang kepada orang ramai, Hari Buah Pinggang Sedunia mula diadakan sejak 2006, iaitu pada Khamis minggu kedua setiap Mac.

Ini untuk memberi kesedaran serta menggalakkan pencegahan dan pengesanan awal masalah buah pinggang kepada masyarakat.

Jadi jangan tunggu hingga ke peringkat akhir kerana kegagalan buah pinggang yang tidak dirawat boleh membawa maut.

OLEH: MARIATUL QATIAH ZAKARIA
MARIA.ZAKARIA @ utusan.com.my   (28 April 2015 1:24 PM)

Penyakit Buah Pinggang dan Puncanya

Penyakit buah pinggang secara umumnya berpunca daripada amalan gaya hidup kurang sihat. Anataranya kurang bersenam, pemakanan yang tidak teratur dan pemilihan makanan yang tidak sihat dan sebagainya.

Penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor, sama ada masalah yang diwarisi sejak lahir atau sesuatu yang dihidapi kemudian.Namun begitu, punca penyakit buah pinggang tidak selalunya dapat ditentukan. Tetapi sebarang bentuk penyakit yang menjejaskan salur darah atau struktur buah pinggang yang lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Faktor-faktor tertentu  mungkin menyebabkan seseorang individu menghadapi risiko lebih tinggi menghidap penyakit buah pinggang.Secara khususnya, mereka yang mengalami diabetes, tekanan darah tinggi, warga tua dan golongan yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan kerana kebarangkalian mereka juga mengalami penyakit buah pinggang adalah  lebih tinggi.

kidney

Data daripada Laporan ke-14 Daftar Dialisis dan Pemindahan Malaysia 2006 mengesahkan hakikat ini yang mana 57% daripada kes penyakit buah pinggang didapati berpunca daripada diabetes. Ia diikuti oleh tekanan darah tinggi yang merangkumi 6% daripada semua kes yang direkodkan.

Kadar gula yang berlebihan dalam darah dan tekanan darah yang terlalu tinggi bertindak sebagai racun yang menyerang dan menjejaskan salur darah di dalam buah pinggang.Penyakit berkenaan bukan sahaja menjejaskan buah pinggang dari peringkat awal, malah memburukkan keadaan dengan mempercepatkan penularan penyakit buah pinggang.
Sesetengah orang menghidap penyakit buah pinggang akibat faktor yang diwarisi, seperti dalam kes sakit buah pinggang polisistik (PKD). Seseorang yang menghidap PKD mengalami ketumbuhan sista dalam buah pinggang.Secara beransur-ansur, sista ini akan mengambil alih jisim buah pinggang, lantas menjejaskan fungsi buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi.Walaupun kerosakan kepada buah pinggang umumnya hanya dapat dikesan selepas satu tempoh yang panjang, penyakit buah pinggang akibat faktor genetik boleh muncul pada peringkat yang lebih awal.

Dalam sesetengah kes, masalah fungsi buah pinggang dapat dikesan sebelum bayi dilahirkan lagi. Ini sering diperhatikan di kalangan pesakit buah pinggang polisistik resesif autosom (RAPKD) yang jarang-jarang didapati.Mereka yang mengalami masalah tumbesaran yang menghalang pembentukan buah pinggang secara normal juga mungkin tampil dengan masalah buah pinggang pada usia muda.

Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan buah pinggang kita dengan amalan hidup sihat dan tatacara pemakanan yang baik dan berkhasiat. Dengan tabiat disiplin yang baik, kesihatan kita terutamanya buah pinggang kita akan lebih terjamin.

Bahaya Ubat Tahan Sakit Terhadap Buah Pinggang Kita

Kita sering mendengar ramai pesakit sering menggunakan ubat atau pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan yang di alami.  Antara jenis-jenis sakit adalah seperti sakit kepala, senggugut, sakit urat, migraine, sakit sendi dan sebagainya, seringkali kita dapati ubat tahan sakit digunakan untuk mengurangkan kesakitan.

Pengambilan ubat-ubat tahan sakit ini secara berterusan boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa yang panjang dan boleh menyumbang kepada komplikasi kepada organ penting tubuh badan kita seperti buah pinggang atau ginjal. Ubat atau pil tahan sakit boleh menjadi punca kepada kerosakan buah pinggang.

bahaya-ubat-tahan-sakit-punca-buah-pinggang-rosak

Berikut adalah senarai ubat tahan sakit yang seringkali digunakan untuk kelegaan segera

Paracetamol 

  • Ia dapat melegakan kesakitan ringan dan sembuh dalam sehari dua
  • Juga berupaya mengurangkan demam
  • Sesuai untuk kanak-kanak mengikut dos yang dicadangkan
  • Sebagai alternative bagi individu yang alah kepada Aspirin
  • Antara ubat tahan sakit paling selamat apabila diambil dengan kadar yang betul.
  • Selalunya tidak memberikan kesan kerengsaan pada perut.

Namun kesan dos berlebihan sangat merbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang

Aspirin

  • Juga dikenali sebagai Actylsalicylic acid.
  • Berupaya melegakan kesakitan otot sendi, sakit kepala, sakit urat dan luka kecederaan.
  • Dapat melegakan senggugut
  • Mengurangkan demam
  • Dapat mengurangkan keradangan kepada pesakit arthritis/sakit sendi
  • Berupaya menghalang pembekuan darah yang abnormal (mengurangkan kejadia stroke berlaku)
  • Tidak sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai pembekuan darah yang tidak normal.
  • Tidak boleh digunakan semasa mengandung
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
  • Kadang kala boleh membuatkan keadaan asthma semakin teruk

NSAIDs

  • Contohnya postan, ibuprofen, Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dan lain-lain.
  • Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan akibat terseliuh dan arthritis/sakit sendi.
  • Digunakan sebagai ubat tahan sakit ketika haid bagi perempuan
  • Boleh menyebabkan ulder perut, maka jangan guna ubat ini jika anda mengalami ulser melainkan di bawah penjagaan doktor.
  • Boleh menyebabkan keadaan asthma semakin teruk
  • Kebanyakannya tidak digalakkan bagi ibu mengandung atau menyusukan bayi.

Oleh itu kalau boleh jangan kita terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit kerana ubat-ubat ini hanya dapat memberikan kelegaan untuk sementara sahaja. Sakit-sakit tersebut boleh kembali muncul semula pada bila-bila masa.

Sebaiknya carilah ubat atau penawar yang boleh menyembuhkan sakit-sakit tersebut secara sepenuhnya di mana ubat-ubatan tidak lagi diperlukan apabila telah sembuh seperti sedia kala.

Yang lebih teruk lagi, penggunaan ubat tahan sakit ini secara berterusan dalam rutin harian anda boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang anda. Bila buah pinggang kita rosak maka makin banyaklah symptom-simptom penyakit lain pula bakal muncul yang boleh memudharatkan kesihatan anda di kemudian hari.

Merawat dan Membersihkan Buah Pinggang Dengan Buah Tin

buah-tin

Khasiat Buah Tin

  1. Kandungan kalium, omega 3 dan omega 6 pada buah tin boleh membantu menjaga tekanan darah tinggi dan mengelakkan dari serangan penyakit jantung.
  2. Buah tin kaya dengan serat yang sangat baik untuk menurunkan berat badan.
  3. Memakan buah tin sebagai rutin harian juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara.
  4. Kandungan coumarin pada buah tin mampu mengelakkan risiko kanser prostat untuk kaum lelaki.
  5. Kandungan tryptophan dalam buah tin dapat menyenyakkan tidur dan sekaligus menyingkirkan masalah gangguan seperti insomnia dan sebagainya.
  6. Memakan buah tin secara harian juga dapat mengurangkan keletihan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.
  7. Terdapat serat larut dalam buah tin yang dipanggil Pektin. Ia sangat bermanfaat untuk mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah.
  8. Berikutan kadar air yang tinggi di dalam buah tin, ia juga boleh bertindak sebagai pembersih kulit yang baik dan membantu mencegah jerawat.
  9. Kandungan kalsium dan kalsium alternative dalam buah tin adalah sangat baik sebagai terapi perubatan untuk mereka yang alergik terhadap produk tenusu.
  10. Buah tin turut kaya dengan phenol dan benzaidehid, suatu bahan anti tumor yang sangat berkesan.

Selain itu, dalam kitab tafsir Al Munir, tulisan Dr. Wahbah Az Zuhaili, tokoh ulama Syria ada menyebut, pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari selama sekurang-kurangnya 40 hari dapat memberi manfaat seperti berikut:

  1. Membersihkan buah pinggang dan suatu bentuk rawatan kepada buah pinggang yang rosak.
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan Buasir
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam serta panau
  8. Rawatan bagi gout.

Khasiat Daun Tin

  1. Meminum air rebusan daun tin juga dapat membantu pesakit diabetes mengurangkan jumlah insulin dalam badan.
  2. Di dalam daun tin terdapat kandungan polyphenois yang berperanan sebagai anti oksidan dan benzaldehyde serta coumarins yang baik sebagai anti tumor dan kanser.
  3. Khasiat lain daun tin ialah mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangi sesak nafas, melancarkan pembuangan air kecil dan besar, membersihkan hati dan limpa, mencegah kanser usus besar, mengawal kadar gula dalam darah dan melambatkan penyerapan glukos dalam usus kecil.
  4. Daun tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol.

Sumber: Majalah i-Sihat

Scroll To Top