Buah Pinggang Sihat

Kaitan Diabetes dan Penyakit Buah Pinggang

diabetes-affect-kidney

Mereka yang mempunyai diabetes adalah berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Kencing manis yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Ini membahayakan saluran darah di seluruh badan, termasuk saluran darah kecil di glomeruli. Keadaan ini akan merosakkan keupayaan buah pinggang untuk menapis dengan sempurna. 

Pada mulanya, apabila rosak, glomeruli akan mula bocor. Sejumlah kecil protein akan hilang melalui air kencing dan bukannya tinggal di dalam darah. Ini dipanggil mikroalbuminuria, peringkat awal penyakit buah pinggang. Rawatan di peringkat ini mungkin dapat menghentikan penyakit ini dari menjadi lebih buruk. 

Jika tidak dirawat, selama bertahun-tahun, makroalbuminuria akan menjadi lebih teruk. Ini berlaku apabila sejumlah besar protein yang hilang melalui air kencing. Apabila didiagnosis makroalbuminuria ianya boleh bermakna bahawa anda kemungkinan akan mengalami kegagalan buah pinggang (peringkat akhir penyakit renal atau ESRD). 

Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang kehilangan keupayaan melakukan penapisan dan akibatnya bahan-bahan buangan akan terkumpul di dalam darah. Terdapat hanya dua pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang: 

  1. Pemindahan buah pinggang.
  1. Dialisis adalah rawatan yang menapis bahan buangan. Terdapat dua jenis dialisis yang utama. Hemodialisis menggunakan mesin yang berfungsi seperti buah pinggang tiruan. Dialisis peritoneal menggunakan lapisan abdomen anda sebagai penapis. Bergantung kepada jenis dialisis, sama ada anda akan memerlukan rawatan setiap hari atau beberapa kali seminggu.

Cara Lain Diabetes Membahayakan Buah Pinggang Anda 

Kerosakan saraf sering berlaku pada penghidap diabetes. Saraf anda berfungsi untuk memberitahu otak anda apabila pundi kencing anda penuh. Apabila saraf rosak, mungkin terdapat kelewatan dalam menghantar mesej ini ke otak anda. Pundi kencing yang penuh boleh meletakkan tekanan ke atas buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dari semasa ke semasa. 

Jangkitan salur kencing. Menahan air kencing dalam pundi kencing anda terlalu lama boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak dari pundi kencing ke buah pinggang. 

Tekanan darah tinggi. Ramai individu yang mengidap diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi juga merosakkan saluran darah di dalam cara yang sama seperti gula darah tinggi. Tekanan satu dua tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi boleh mempercepatkan kemudaratan kepada sistem penapisan buah pinggang. 

Penyakit “senyap” 

Selalunya, penyakit buah pinggang datang tanpa sebarang tanda-tanda amaran. Pastikan anda hadir ke semua pemeriksaan yang berkaitan dengan diabetes anda. Doktor akan memeriksa air kencing untuk protein dan mengukur tekanan darah anda. 

Jika anda mempunyai gejala-gejala, anda sudah boleh mempunyai kerosakan buah pinggang yang serius. Gejala-gejala juga berbeza di antara manusia. Sesetengahnya mungkin termasuk: 

  • Pengumpulan cecair
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Badan lemah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Anda 

Mengawal kandungan gula di dalam darah anda merupakan langkah paling penting untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Antara langkah-langkah pencegahan lain termasuklah:

  • Makan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, protein tanpa lemak dan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, lemak trans natrium, dan makanan yang ditambah gula.
  • Bersenam untuk 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu. Berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum anda memulakan atau meningkatkan tahap aktiviti anda.
  • Mengambil semua ubat-ubatan seperti yang diarahkan, terutama mereka yang sedang dalam rawatan kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
  • Pastikan tekanan darah anda sentiasa dipantau.
  • Jangan minum alkohol atau merokok. Jika anda lakukan, berhenti dengan segera.

Pengurusan Emosi bagi Pesakit Buah Pinggang

penjagaan-emosi-pesakit-buah-pinggang

Ada segelintir pesakit buah pinggang terganggu dari segi emosi kerana kegagalan buah pinggang dan ini akan menjejaskan kualiti hidup mereka. Pesakit selalunya tidak dapat mengharungi hidup mereka dengan sempurna setelas didiagnosis mengalami penyakit buah pinggang. Kekuatan emosi amat penting dalam memastikan mereka dapat menjalani terapi yang amat menjerihkan ini. Penghalang utama yang menghalang kejayaan sesebuah terapi adalah diri pesakit itu sendiri yang mempunyai jati diri dan semangat kekentalan yang rendah serta cepat berputus asa.

Selain daripada itu, pesakit buah pinggang juga mungkin menunjukkan simptom kemurungan. Ada kajian menunjukkan ada berlaku tahap kemurungan yang tinggi dikesan dalam kalangan pesakit buah pinggang kronik yang menjalani hemodialisis. Pesakit yang mengalami kemurungan akan mengalami penurunan kualiti hidupnya. Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami kemurungan menghadapi risiko kematian yang lebih tinggi berbanding pesakit yang dapat mengawal emosinya dengan baik.

Oleh itu, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menguruskan pesakit yang mengalami masalah buah pinggang ini. Selain daripada ubat-ubatan, rawatan dialisis serta penjagaan makanan pesakit, penjagaan emosi adalah salah satu cabang yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan kehiduoan mereka menjadi lebih baik. Pencegahan kemurungan harus dilakukan sejak daripada mula lagi apabila mereka didiagnosis dengan penyakit tersebut. Ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam proses rawatan yang akan dihadapi oleh pesakit. Ahli keluarga hendaklah memberi sokongan emosi, mental dan fizikal sepanjang proses dialisis dijalankan. Ini boleh mengurangkan beban kesakitan yang dihadapi oleh pesakit dan meningkatkan semangatnya dalam menjalani kehidupan untuk hari-hari yang seterusnya.

Rakan-rakan pesakit juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk emosi yang sihat terhadap pesakit buah pinggang. Rakan-rakan pesakit ini dianjurkan untuk melawat dalam memberi sokongan emosi yang lebih baik. Masyarakat sekeliling yang berhubung terus dengan pesakit seperti para doktor, pegawai perubatan, pegawai kesihatan  dan jururawat juga haruslah membantu pesakit buah pinggang ini. Sokongan dan layanan yang baik dan bersesuaian ketika bekerja di pusat dialisis haruslah terjaga dengan mesra dan penuh etika dalam berdepan dengan keperluan pesakit-pesakit buah pinggang ini.

 

Rawatan Dialisis Untuk Pesakit Buah Pinggang

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir, rawatan terapi buah pinggang disyorkan sebagai rawatan utama. Lazimnya bagi pesakit yang menggunakan kaedah rawatan hemodialisis, mereka perlu ke hospital atau pusat rawatan dialisis antara tiga atau empat kali dalam seminggu. Oleh itu, pengurusan terhadap keperluan rawatan ini harus dilakukan secara berkala dan memerlukan masa dan komitmen yang tinggi daripada pesakit dan ahli keluarga. Peranan ahli keluarga amatlah diharapkan dengan meluangkan masa untuk menghantar dan mengambil pesakit semasa sesi rawatan dilakukan. Bagi pesakit yang berupaya membawa kenderaan sendiri mungkin tidak mengalami masalah yang besar dalam proses rawatan hemodialisis.

dialisis

Walaupun pesakit yang mengikuti rawatan CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) tidak perlu untuk hadir ke pusat rawatan sekerap pesakit HD (Hemodialisis), namun mereka perlu menguruskan proses rawatan yang baik untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Ini kerana pesakit CAPD mempunyai risiko jangkitan yang tinggi. Pertukaran beg cecair penapis tiga hingga lima kali sehari perlu dilakukan dengan teliti, cermat dan kebersihan perlulah dijaga. Oleh itu, peranan pesakit dan ahli keluarga untuk memastikan rawatan dapat dilakukan dengan sempurna dan selamat amat diharapkan.

Nota: CAPD adalah kaedah yang tidak menggunakan mesin. Dilakukan 4 atau 5 kali sehari dengan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal melalui katerer. Kaedah ini tidak mengganggu jantung, kontaminasi dengan hepatitis lebih kecil. Fungsi ginjal atau buah pinggang yang ada masih dapat dipertahankan, dan proses dialisis pun bekerja selama 24 jam sesuai dengan fungsi buah pinggang secara alamiah. Kaedah CAPD memerlukan penjagaan kebersihan lubang yang menghubungkan buah pinggang di dalam badan dengan dunia luar, iaitu bekas cairan dialisat.

Keburukan CAPD adalah kebarangkalian  yang boleh menimbulkan jangkitan pada rongga perut. Selain itu ,kaedah ini boleh meningkatkan kadar lemak dan mengakibatkan kegemukan (obesiti) kepada pesakit buah pinggang serta boleh menyebabkan hernia dan sakit pinggang.

Panduan Ubat-ubatan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Preskripsi ubat-ubatan bagi pesakit buah pinggang hendaklah diikuiti dengan tepat dan berdisiplin. Doktor biasanya akan member  tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet pesakit. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang.

ubat-ubatan

Pesakit haruslah mematuhi arahan doktor dalam pengambilan ubat-ubatan. Walaupun pesakit sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis namun, pesakit masih boleh mengawal penyakit menerusi kawalan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor. Ini kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan pesakit. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor sudah pasti akan sentiasa menasihati pesakit buah pinggang berdasarkan keadaan semasa pesakit.

Pengurusan Pesakit Buah Pinggang

Pemakanan

Antara aspek pengurusan diri yang boleh dilakukan bagi pesakit buah pinggang adalah dari segi penjagaan pemakanan yang sesuai. Apabila buah pinggang tidak boleh berfungsi dengan baik, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan terkumpul sehingga kepada tahap yang membahayakan badan.

Kawalan diet penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan bahan seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein yang berlebihan. Untuk mendapatkan satu pelan diet yang lengkap, pesakit seharusnya mendapatkan nasihat doktor ataupun pegawai deitetik yang bertugas kerana diet yang diberikan member focus kepada nutrient yang spesifik.

diet-pesakit-buah-pinggang

Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu badan. Protein juga dapat membekalkan tenaga dan membantu pesakiy melawan penyakit mereka. Protein diperoleh daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalam badan (melalui proses metabolism), ia akan menghasilkan bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangan yang dihasilkan protein dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Pesakit mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan berada dalam tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan mendapat protein yang mencukupi.

Natrium pula membantu pengawalan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber natrium yang paling mudah diperolehi ialah garam makanan. Natrium yang berlebihan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan pengambilan natrium, contohnya tidak mengambil makanan yang masin dan tidak menggunakan garam secara berlebihan.

Kalium diperlukan untuk saraf dan otot termasuk jantung supaya dapat berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) terlalu tinggi, ia akan menyebabkan otot menjadi lemah dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru, pesakit perlu mengikuti pelan diet yang mengandungi kandungan kalium yang bersesuaian.

Kalsium dan fosforus pula diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walau bagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut dan lesap daripada tulang dan menyebabkannya menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya pesakit perlu mengehadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.

Pengambilan Cecair

Pengawalan pengambilan cecair amat penting untuk pesakit buah pinggang. Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang pesakit sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru. Ini akan memberi  tekanan kepada jantung pesakit, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Pesakit juga mungkin akan mengalami perubahan dalam corak dan kekerapan membuang air kecil ( satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, pesakit harus mengikuti nasihat doktor untuk mengehadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian.

Scroll To Top