Buah Pinggang Sihat

5 Tabiat Yang Perlu Dicegah Untuk Panjangkan Hayat Buah Pinggang

keep-your-kidney-running
  1. Jangan biasa kan diri menahan kencing kerana ia akan meningkatkan tekanan pada urin dan juga boleh menjadi punca penyebab  batu karang . Sentiasa bersegera ke tandas jika sudah terasa ingin membuang air kecil. 
  1. Diet yang tidak seimbang juga seperti  mengambil sumber protein daripada haiwan secara berlebihan seperti daging (red meat) boleh  mengganggu metabolik pada buah pinggang. Satu lagi pengambilan garam pula tak dipantau juga sangat merbahaya kepada kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Had pengambilan garam sepatutnya tidak lebih daripada 5 gram sahaja sehari. Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan seterusnya boleh merosakkan buah pinggang
  1. Ramai juga yang ambil mudahpengambilan air kosong yang cukup. Bila kurang air dalam badan,  buah pinggang tidak dapat menapis darah dengan baik dan yang lebih kritikal ia boleh menyebabkan bahan  buangan dan toksin di dalam badan makin menimbun. Lama kelamaan bukan sahaja boleh menjejaskan buah pinggang sahaja tetapi lain-lain organ dalaman juga.
  1. Pastikan sentiasa mendapat kualiti tidur yang mencukupi.
  1. Menurut kajian pengambilan gula berlebihan setiap hari akan meningkatkan risiko masalah protein dalam air kencing. Selain itu kafein yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada buah pinggang dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dalam jangka masa yang panjang.

 

Bagaimana untuk Hidup Sihat

cara-hidup-sihat

TIDAK dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakkan kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad.

Keadaan itu pasti membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua. Oleh itu, sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Malah proses penuaaan setiap orang berbeza dan ia banyak bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan. Kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan, samada secara moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun dimamah usia.

Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas hinggakan ada pihak yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Bagaimanapun, adakalanya gaya hidup seseorang membuatkan diri nampak lebih berusia seperti pengambilan minuman keras, merokok, makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan dan mempunyai sikap negatif. Manakala individu yang sering bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

Sebenarnya kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan yang sesuai keranan pengambilan makanan yang seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelakkan obesiti (kegemukan) dengan memperbanyakkan pengambilan maknanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.

Selain itu, dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E, selenium, vitamin C, betakarotin, L-Cysteine, asid folik serta zink juga dapat melambatkan proses penuaan kerana dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu mengekalkan kesihatan sel-sel badan. Malah, senaman secara berterusan juga boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental kerana bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, tekanan, malahan tekanan darah rendah, mengawal gula serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Ini dapat membantu organ-organ dalaman seperti buah pinggang berfungsi dengan baik dan sempurna.

Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang serta melakukan riadah dan latihan yang sesuai. Sebagaitanda peringatan, senaraikan perkara yang mahu dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemas kini selewat-lewatnya sebelum tidur di malam hari.

Kepada wanita yang sentiasa mahu berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung kerana anda akan kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding kulit di bahagian tubuh yang lain kerana kurus tidak semestinya lebih cantik, sebaliknya kesihatan diri itu yang lebih utama.

Paling utama anda perlu banyakkan minum air bersih kerana di samping mampu menajamkan pemikiran, ia dapat mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik

Sumber: Berita Harian (klassifieds) 26 September 2016

 

Scroll To Top