Buah Pinggang Sihat

Adakah Buah Pinggang Anda Sihat?

chronic-kidney-disease

Apakah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?

Penyakit buah pinggang kronik atau dalam bahasa inggerisnya Chronic Kidney Disease(CKD) adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat oleh pelbagai faktor.

Penyakit buah pinggang kronik boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang tanda kepada pesakit, tetapi dapat dikesan dengan melakukan ujian saringan.

Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang (ginjal) berlaku?

  1. Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang kronik.
  2. Secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang kronik
  3. Terdapat lebih daripada 20 000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2010.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?

Golongan yang mempunyai:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Diabetes (kencing manis)
  3. Kehadiran protein/darah di dalam air kencing
  4. Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit dan sebagainya
  5. Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
  6. Jangkitan kuman yang kerap pada saluran genitor urinary
  7. Batu karang pada sistem buah pinggang
  8. Talian persaudaraan rapat dengan pesakit yang mengalami penyakit kegagalan fungsi ginjal kekal.
  9. SLE (Systemic Lupus Erythematosus)
  10. Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja.

Tanda dan gejala

  1. Badan berasa mudah letih
  2. Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
  3. Kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  4. Bengkak kaki dan muka
  5. Sukar bernafas
  6. Gatal seluruh badan
  7. Pucat
  8. Tekanan darah yang tinggi

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal?

Dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan kesan tanda-tanda berlaku kerosakan pada buah pinggang.

Apakah akibat jika tidak dikesan awal?

Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan hanya menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Perhatian

Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:

  1. Pesakit diabetes
  2. Pesakit darah tinggi
  3. Perokok
  4. Berat badan yang berlebihan
  5. Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
  6. Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain.

Langkah-langkah Pencegahan

  1. Jangan makan sebarangan ubat tanpa mendapat nasihat daripada doktor
  2. Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah
  3. Mengurangkan berat badan berlebihan atau obesity
  4. Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah
  5. Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik (optima)
  6. Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  7. Berhenti merokok
  8. Bersenam

Nota: Penyakit buah pinggang atau ginjal adalah kerap. Ianya merbahaya tetapi boleh dirawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top