Buah Pinggang Sihat

Buah Pinggang dan Kaedah Pembersihan Semulajadi

jus-cranberry

Buah pinggang adalah organ yang sangat penting dalam badan kita. Antara fungsinya adalah untuk menyingkirkan segala bahan-bahan buangan melalui air kencing. Oleh itu penjagaan buah pinggang supaya ia dapat berfungsi dengan sempurna sepanjang masa adalah amat perlu. Berikut adalah antara kaedah-kaedah yang boleh anda praktikkan untuk menjaga dan membersihkan buah pinggang anda:

  1. Elakkan pengambilan minuman bergas, alkohol, kopi, garam dan juga makan yang berprotein tinggi. Gantikan minuman berkafein dengan minuman yang berunsur semulajadi. Makanan berdaging perlu digantikan dengan protein bijian penuh seperti bunga matahari dan badam.
  1. Minum segelas jus kranberri organik 10 ke 12 oz ketika sarapan dan juga waktu makan tengahari.Jus kranberri membantu untuk mengurangkan kalsium di dalam air kencing anda. Peningkatan kalsium dalam air kencing boleh menyebabkan fungsi buah pinggang menjadi perlahan. Akibatnay toksin dalam pundi kencing meningkat. Peningkatan kalsium juga boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing dan juga batu karang yang sangat menyakitkan.
  1. Minum segelas jus potassium 12 oz di antara waktu sarapan dan makan tengahari. Potassium akan bertindak sebagai tonik pembersih apabila ditelan dalam bentuk cecair. Potassium juga akan membantu anda agar kekal bertenaga. Untuk menghasilkan jus potassium, anda boleh gunakan jus lobak merah, saderi dan juga bayam. Jika anda tidak mempunyai pemerah jus, hanya campurkan 2 oz jus mengkudu dengan 8 oz air.
  1. Minum 8 oz klorofil cecair bersama makan tengahari. Klorofil adalah pigmen hijau dalam sayur-sayuran. Ia member banyak faedah metabolik kepada badan seperti memperbaiki system imun, membantu dalam fungsi pernafasan yang betul dan membantu agen pembersihan yang lain membersihkan darah. Klorofil cecair biasanya dijual dalam botol 16 oz. Ia juga boleh didapati di kebanyakan kedai makanan kesihatan dalam bentuk kapsul.
  1. Minum segelas the biji tembikai antara makan tengahari dan makan malam. The biji tembikai adalah diuretic ringan, tetapi berkesan untuk menggalakkanpundi kencing berfungsi dengan normal. I boleh membantu mencernakan makanan dan mencuci sistem penghadaman sebelum makan malam.
  1. Minum 8 oz jus lobak merah ketika makan malam. Antara manfaat jus lobak adalah keupayaannya membantu dalam mengawal kekerapan kencing. Jika anda alah kepada jus lobak merah, jus kranberi boleh digunakan sebagai ganti.
  1. Minum secawan the pembersihan pundi kencing sebelum tidur. The pembersiahan buah pinggang ada dijual di kebanyakan kedai makanan kesihatan. The pembersiahan buah pinggang kaya dengan Juniper, sutera jagung, daun pudina dan daun dandelion yang membantu mencuci sistem pundi kencing dan buah pinggang anda. Ia juga dapat membantu mencernakan makanan ketika tidur.

Buah pinggang adalah ibarat nadi kepada keseluruhan sistem perkumuhan dalam badan kita. Oleh itu anda boleh cuba amalkan kaedah-kaedah pembersihan dan penjagaan buah pinggang yang dikongsikan di atas untuk kebaikan buah pinggang kita.

One thought on “Buah Pinggang dan Kaedah Pembersihan Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top