Buah Pinggang Sihat

Tekanan Darah Tinggi dan Kesannya Terhadap Ginjal

Gejala tekanan darah tinggi

Persɑtuɑn Hipertensi ɑntɑrɑbɑngsɑ merɑmɑlkɑn bɑhɑwɑ 1 dɑripɑdɑ 2 orɑng dewɑsɑ ɑkɑn menghidɑp penyɑkit hipertensi menjelɑng tɑhun 2020. Jikα tidαk dirɑwαt diperİngkαt αwαl semαsα berlɑkunyα komplikɑsi bɑdαn, iα boleh membαwα kepαdα mαut. Silα PΑSTIKΑN åndα tidαk mengαlαmi kesαn seperti di bawah:

KOMPLIKASI PADΑ JÅNTUNḠ

Jαntung αkαn membengkαk kerαnα tekαnαn dαrαh yαng tïnggi memαksα jαntung bekerjα kérαs untuk mengepαm dαrαh lebih cepαt dαn lαju ke seluruh αnggotα bαdαn. Pesαkit αkαn mudαh mendαpαt serαngαn jαntung (heαrt αttαck) secαrα tibα-tibα dαn sekirαnyα lαmbαt menerimα rαwαtαn boleh membαwα kemαtiαn.

KOMPLIKASI PADΑ MATΑ

Tekαnαn dαrαh yαng tİnggi dαn tidαk terkαwαl dαlαm mαsα yαng sαmα jugα merosαkkαn sαlur dαrαh pαdα mαtα khαsnyα retinα (retinopαthy). Keαdααn ini boleh mengαkibαtkαn pendαrαhαn,kαbur mαtα dαn seterusnyα pesαkit menjαdi butα. 

KOMPLIKASI PADΑ GINJΑL

Tekαnαn dαrαh tinggi αdαlαh sαlαh sαtu puncα penyebαb penyαkit ginjαl kronik. Ginjαl mempunyαi perαnαn penting dαlαm mengαwαl tekαnαn dαrαh. Αpαbilα ginjαl tidαk berfungsi dengαn bαik, bαhαn buαngαn αkαn terkumpul dαlαm dαrαh. Jikα tidαk dirαwαt, pesαkit terpαksα mencuci dαrαh menggunαkαn mesin (diαlysis).

KOMPLIKΑSI PΑDΑ OTΑK

Tekαnαn dαrαh tİnggi yαng tidαk terkαwαl menyebαbkαn kerosαkαn pembuluh dαrαh seperti menyempit, pecαh αtαu bocor. pembuluh dαrαh yαng rosαk αkαn membentuk sekαtαn αlirαn dαrαh pαdα otαk. Jikα dibiαrkαn, iα berpotensi untuk mendαpαt serαngαn strok.

Adakah Buah Pinggang Anda Sihat?

chronic-kidney-disease

Apakah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?

Penyakit buah pinggang kronik atau dalam bahasa inggerisnya Chronic Kidney Disease(CKD) adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat oleh pelbagai faktor.

Penyakit buah pinggang kronik boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang tanda kepada pesakit, tetapi dapat dikesan dengan melakukan ujian saringan.

Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang (ginjal) berlaku?

  1. Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang kronik.
  2. Secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang kronik
  3. Terdapat lebih daripada 20 000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2010.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?

Golongan yang mempunyai:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Diabetes (kencing manis)
  3. Kehadiran protein/darah di dalam air kencing
  4. Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit dan sebagainya
  5. Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
  6. Jangkitan kuman yang kerap pada saluran genitor urinary
  7. Batu karang pada sistem buah pinggang
  8. Talian persaudaraan rapat dengan pesakit yang mengalami penyakit kegagalan fungsi ginjal kekal.
  9. SLE (Systemic Lupus Erythematosus)
  10. Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja.

Tanda dan gejala

  1. Badan berasa mudah letih
  2. Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
  3. Kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  4. Bengkak kaki dan muka
  5. Sukar bernafas
  6. Gatal seluruh badan
  7. Pucat
  8. Tekanan darah yang tinggi

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal?

Dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan kesan tanda-tanda berlaku kerosakan pada buah pinggang.

Apakah akibat jika tidak dikesan awal?

Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan hanya menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Perhatian

Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:

  1. Pesakit diabetes
  2. Pesakit darah tinggi
  3. Perokok
  4. Berat badan yang berlebihan
  5. Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
  6. Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain.

Langkah-langkah Pencegahan

  1. Jangan makan sebarangan ubat tanpa mendapat nasihat daripada doktor
  2. Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah
  3. Mengurangkan berat badan berlebihan atau obesity
  4. Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah
  5. Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik (optima)
  6. Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  7. Berhenti merokok
  8. Bersenam

Nota: Penyakit buah pinggang atau ginjal adalah kerap. Ianya merbahaya tetapi boleh dirawat.

5 Tabiat Yang Perlu Dicegah Untuk Panjangkan Hayat Buah Pinggang

keep-your-kidney-running
  1. Jangan biasa kan diri menahan kencing kerana ia akan meningkatkan tekanan pada urin dan juga boleh menjadi punca penyebab  batu karang . Sentiasa bersegera ke tandas jika sudah terasa ingin membuang air kecil. 
  1. Diet yang tidak seimbang juga seperti  mengambil sumber protein daripada haiwan secara berlebihan seperti daging (red meat) boleh  mengganggu metabolik pada buah pinggang. Satu lagi pengambilan garam pula tak dipantau juga sangat merbahaya kepada kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Had pengambilan garam sepatutnya tidak lebih daripada 5 gram sahaja sehari. Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan seterusnya boleh merosakkan buah pinggang
  1. Ramai juga yang ambil mudahpengambilan air kosong yang cukup. Bila kurang air dalam badan,  buah pinggang tidak dapat menapis darah dengan baik dan yang lebih kritikal ia boleh menyebabkan bahan  buangan dan toksin di dalam badan makin menimbun. Lama kelamaan bukan sahaja boleh menjejaskan buah pinggang sahaja tetapi lain-lain organ dalaman juga.
  1. Pastikan sentiasa mendapat kualiti tidur yang mencukupi.
  1. Menurut kajian pengambilan gula berlebihan setiap hari akan meningkatkan risiko masalah protein dalam air kencing. Selain itu kafein yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada buah pinggang dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dalam jangka masa yang panjang.

 

Saringan awal buah pinggang

Penting : Mereka yang berusia 35 tahun ke atas disaran jalani ujian saringan

BUAH pinggang atau ginjal mungkin bukan organ tumpuan apabila membincangkan penyakit kronik yang membahayakan nyawa.

Hakikatnya apabila buah pinggang mengalami kerosakan atau berpenyakit, boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jika lambat mendapatkan rawatan.

Masyarakat hari ini juga perlu menyedari bahawa organ penapis bahan kumuh badan ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga keseimbangan beberapa fungsi badan dan organ lain.

dr-halim-gafor-hukm

Di negara ini, statistik menunjukkan setiap tahun pesakit buah pinggang semakin bertambah.

Pakar Perunding Kanan Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Abd. Halim Abd. Gafor berkata, peningkatan jumlah pesakit buah pinggan setiap tahun bukan sahaja kerana semakin ramai yang menghidap penyakit tersebut, tetapi juga disebabkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melakukan saringan kesihatan rendah.

Katanya, apabila ada kesedaran individu-individu yang mempunyai masalah dengan buah pinggang dapat dikesan.

“Jika mengikut statistik yang dikeluarkan setiap tahun, angka pesakit buah pinggang semakin meningkat kerana ramai yang telah menjalani saringan kesihatan.

“Daripada saringan tersebut pesakit-pesakit buah pinggang dapat dikesan dan jelas membuktikan bahawa masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran untuk menjalani saringan kesihatan.

“Yang pasti, pengesanan pada peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Tambah Dr. Abd. Halim, seperti kebanyakan penyakit kronik lain, penyakit buah pinggang dianggap ‘pembunuh senyap’ kerana pesakit mengetahui penyakit yang dihidapi setelah mencapai peringkat akhir.

buah-pinggang-utusan-malaysia

Disebabkan alasan itu juga, Dr. Abd. Halim menyarankan agar mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas menjalani saringan kesihatan setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan badan masing-masing.

Beliau memberitahu, setiap individu seharusnya mengambil tahu setiap inci tahap kesihatan tubuh badan masing-masing, kerana apa juga penyakit yang mungkin dihidapi boleh dirawat sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal.

Berbicara lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang, beliau berkata, antara penyebab buah pinggang bermasalah ialah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan batu karang.

“Untuk pengetahuan, di negara ini penyebab utama penyakit buah pinggang ialah komplikasi daripada penyakit kencing manis.

“Selain itu, penghidap darah tinggi dan batu karang juga perlu menjalani ujian saringan kesihatan buah pinggang kerana kedua-dua penyakit ini juga antara penyebab kepada penyakit buah pinggang.

“Pada masa yang sama, ada juga penyakit buah pinggang disebabkan oleh keturunan. Untuk itu, kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga berpenyakit buah pinggang segeralah jalani saringan kesihatan sebelum terlambat,” katanya.

Ulas beliau, dengan adanya kencing manis atau tekanan darah tinggi atau kedua-duanya sekali, penyakit buah pinggang mungkin akan menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada kegagalan fungsi tahap akhir buah pinggang.

Jika ini berlaku, pesakit hanya mempunyai dua pilihan sama ada menjalani rawatan dialisis (mencuci darah) atau pemindahan buah pinggang.

Tambah Dr. Abd. Halim, terdapat banyak bentuk penyakit yang membabitkan buah pinggang, namun yang kerap dihidapi masyarakat hari ini ialah, gelembung cecair pada buah pinggang (autosomal dominant polycystic kidney disease) dan radang buah pinggang.

Bagi penyakit gelembung cecair pada buah pinggang, majoritinya akan berlaku pada kedua-dua buah pinggang dan selalunya disebabkan oleh genetik yang tidak normal.

Lazimnya pesakit yang mempunyai masalah ini pada tahap akhir, menunjukkan gegala-gejala seperti muntah, tidak selesa, gatal-gatal, susah bernafas, dan tidak dapat makan akibat daripada toksin dan air yang terlalu banyak di dalam badan.

Ini juga akan mengakibatkan buah pinggang menjadi lebih besar daripada saiz normal iaitu 10 sentimeter dan buah pinggang boleh membesar sehingga 20 sentimeter.

Berbeza pula kepada mereka yang mengalami masalah radang buah pinggang kerana terjadi dengan sendiri hanya disebabkan oleh imuniti badan.

“Masalah radang buah pinggang, biasanya hanya akan menjejaskan buah pinggang pesakit, manakala bahagian badan yang lain tidak bermasalah.

“Radang buah pinggang ini boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada lelaki mahu pun wanita kerana terdapatnya darah dan protein di dalam air kencing.

“Bagaimanapun, peluang untuk pesakit penyakit radang buah pinggang pulih seperti sedia kala adalah tinggi sekiranya dirawat pada peringkat awal,” katanya lanjut.

Dr. Abd. Halim turut berkongsi maklumat dengan memberitahu, di Malaysia ada ubat tahan sakit yang tidak sesuai untuk buah pinggang dan ubat darah tinggi bukanlah penyebab utama kepada kerosakan atau pun kesakitan buah pinggang.

“Ada ubat darah tinggi bagus untuk buah pinggang kerana membuatkan organ tersebut tidak bekerja dengan kuat, bagaimanapun ada pesakit yang tidak sesuai dengan ubat tersebut.

“Jadi tanggapan bahawa ubat darah tinggi penyebab kepada kerosakan buah pinggang adalah sangat salah kerana ubat darah tinggi yang diberikan kepada pesakit akan diperiksa terlebih dahulu oleh doktor.

“Selain itu, ubat-ubatan herba juga tidak terkecuali kerana kita tidak tahu komponen aktif yang berada di dalamnya. Jadi, tidak mustahil jika kedua-dua jenis ubat ini, tahan sakit dan herba akan menyebabkan kerosakan atau kesakitan buah pinggang menjadi lebih teruk,” sambungnya.

pemindahan-buah-pinggang-utusan-malaysia

Untuk meningkatkan kesedaran risiko penyakit buah pinggang kepada orang ramai, Hari Buah Pinggang Sedunia mula diadakan sejak 2006, iaitu pada Khamis minggu kedua setiap Mac.

Ini untuk memberi kesedaran serta menggalakkan pencegahan dan pengesanan awal masalah buah pinggang kepada masyarakat.

Jadi jangan tunggu hingga ke peringkat akhir kerana kegagalan buah pinggang yang tidak dirawat boleh membawa maut.

OLEH: MARIATUL QATIAH ZAKARIA
MARIA.ZAKARIA @ utusan.com.my   (28 April 2015 1:24 PM)

Penyakit Buah Pinggang dan Puncanya

Penyakit buah pinggang secara umumnya berpunca daripada amalan gaya hidup kurang sihat. Anataranya kurang bersenam, pemakanan yang tidak teratur dan pemilihan makanan yang tidak sihat dan sebagainya.

Penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor, sama ada masalah yang diwarisi sejak lahir atau sesuatu yang dihidapi kemudian.Namun begitu, punca penyakit buah pinggang tidak selalunya dapat ditentukan. Tetapi sebarang bentuk penyakit yang menjejaskan salur darah atau struktur buah pinggang yang lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Faktor-faktor tertentu  mungkin menyebabkan seseorang individu menghadapi risiko lebih tinggi menghidap penyakit buah pinggang.Secara khususnya, mereka yang mengalami diabetes, tekanan darah tinggi, warga tua dan golongan yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan kerana kebarangkalian mereka juga mengalami penyakit buah pinggang adalah  lebih tinggi.

kidney

Data daripada Laporan ke-14 Daftar Dialisis dan Pemindahan Malaysia 2006 mengesahkan hakikat ini yang mana 57% daripada kes penyakit buah pinggang didapati berpunca daripada diabetes. Ia diikuti oleh tekanan darah tinggi yang merangkumi 6% daripada semua kes yang direkodkan.

Kadar gula yang berlebihan dalam darah dan tekanan darah yang terlalu tinggi bertindak sebagai racun yang menyerang dan menjejaskan salur darah di dalam buah pinggang.Penyakit berkenaan bukan sahaja menjejaskan buah pinggang dari peringkat awal, malah memburukkan keadaan dengan mempercepatkan penularan penyakit buah pinggang.
Sesetengah orang menghidap penyakit buah pinggang akibat faktor yang diwarisi, seperti dalam kes sakit buah pinggang polisistik (PKD). Seseorang yang menghidap PKD mengalami ketumbuhan sista dalam buah pinggang.Secara beransur-ansur, sista ini akan mengambil alih jisim buah pinggang, lantas menjejaskan fungsi buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi.Walaupun kerosakan kepada buah pinggang umumnya hanya dapat dikesan selepas satu tempoh yang panjang, penyakit buah pinggang akibat faktor genetik boleh muncul pada peringkat yang lebih awal.

Dalam sesetengah kes, masalah fungsi buah pinggang dapat dikesan sebelum bayi dilahirkan lagi. Ini sering diperhatikan di kalangan pesakit buah pinggang polisistik resesif autosom (RAPKD) yang jarang-jarang didapati.Mereka yang mengalami masalah tumbesaran yang menghalang pembentukan buah pinggang secara normal juga mungkin tampil dengan masalah buah pinggang pada usia muda.

Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan buah pinggang kita dengan amalan hidup sihat dan tatacara pemakanan yang baik dan berkhasiat. Dengan tabiat disiplin yang baik, kesihatan kita terutamanya buah pinggang kita akan lebih terjamin.

Penyakit Cyst Dalam Buah Pinggang

Penyakit ‘Cyst’ dalam buah pinggang atau dipanggil ‘Kidney Cyst’ biasa berlaku terutama bagi mereka yang telah mencapai 50 tahun ke atas. Mengikut statistik, kira-kira 40% mereka yang berusia 50 tahun ke atas mengalami cyst dalam buah pinggang mereka.

kidney-cyst

Penyakit kidney cyst ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu ‘simple-cyst’ dan juga ‘poly-cyst’. Kebiasaannya penyakit jenis poly-cyst ini yang selalu menjadi isu utama yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang. Secara umumnya punca penyakit ini adalah atas faktor genetik. Semakin usia meningkat, perkembangan penyakit ini akan semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?

airkencingberbuih

Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah:

  1. Kekerapan pembuangan air kencing
    Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat padakekerapan pembuangan air kencingsama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  1. Mengalami keletihan yang melampau
    Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akanmengalami keletihan yang melampau.
  1. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
    Anda mengalamipembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.
  1. Mengalami kegatalan yang teruk
    Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan andamengalami kegatalan yang teruk.
  1. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
    Perhatikansekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  1. Mengalami loya dan muntah-muntah
    Andamengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  1. Berasa sejuk sepanjang masa
    Andaberasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  1. Kesukaran untuk bernafas
    Anda merasakesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  1. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
    Andamerasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  1. Kerap berasa pening kepala
    Andakerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

 

Buah Pinggang dan Penyakit Batu Karang

Buah pinggang atau ginjal adalah organ yang berperanan untuk menyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan kita. Tahukah anda bahawa setiap hari, buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. Air kencing ini mengandungi bahan buangan dan air yang berlebihan.

Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.

Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.

Buah pinggang juga menghasilkan berbagai hormon yang mempengaruhi fungsi organ lain dalam badan kita. Contohnya, ia menghasilkan hormon erythropoietin untuk merangsang penghasilan sel darah merah. Ia juga menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah kita. Ia juga berkerja keras untuk memastikan tulang kita kuat dan sihat melalui metabolisme kalsium serta penghasilan vitamin D.

Watch this video on YouTube or on Easy Youtube.

Penyakit batu karang pula berlaku apabila kandungan garam galian yang telah hancur di dalam air kencing kita menjadi terlalu pekat. Garam berlebihan ini akan mengeras dan akhirnya menjadi ketulan batu yang dipanggil sebagai batu karang. Batu karang yang bersaiz besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu karang ini juga boleh dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir

Penyakit buah pinggang tahap akhir merujuk kepada tahap akhir iaitu tahap kelima di mana pesakit perlu bergantung kepada rawatan dialisis bagi mencuci darah untuk meneruskan kehidupan. Pesakit akan melalui beberapa perubahan yang besar pada tubuh badan apabila penyakit buah pinggang kronik telah hampir kepada tahap akhir. Ini adalah saat yang paling sukar bagi kebanyakan pesakit apabila mereka mula mengalami gejala yang agak teruk. Kebiasaanya, gejala yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang ini termasuklah keletihan melampau, malnutrisi, muntah-muntah, sakit kepala, loya dan pelbagai simptom lain lagi.

dialisis

Sekiranya fungsi buah pinggang berada pada tahap 30 peratus daripada tahap normal, pesakit akan mula merasai simptom uremia, iaitu berasa lemah, muntah-muntah, hilang selera makan, dan mulut berasa pahit. Semasa peringkat pradialisis, keadaan pesakit perlu dipantau melalui ubat-ubatan dan perubahan cara hidup. Apabila keadaan buah pinggang semakin merosot di mana fungsinya kurang daripada 10-15 peratus daripada tahap normal, keadaan ini menunjukkan bahawa pesakit berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang. Keadaan ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya untuk membersih dan menapis bahan buangan dalam kitaran darah secara normal. Apabila keadaan ini berlaku, penyakit ini akan mengganggu kesejahteraan dan kualiti hidup pesakit.

Buah pinggang sihat

Healthy Kidney

Buah pinggang yang sihat melakukan enam (6) perkara seperti berikut:

  1. Mengawal tahap kandungan cecair di dalam badan.
  2. Menapis bahan buangan dan toksin di dalam darah
  3. Membebaskan hormon yang mengawal tekanan darah dalam badan
  4. Mengaktifkan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang
  5. Membebaskan hormon yang menggalakan penghasilkan sel darah merah
  6. Mengekalkan keseimbangan mineral di dalam darah (sodium, phosphorus, potassium)
Scroll To Top