Buah Pinggang Sihat

Bahaya Minuman Berkarbonat Terhadap Buah Pinggang

Bahaya Air Bikarbonat Terhadap Buah Pinggang

Apa yang ada dalam minuman berkarbonat ini?

1) Kandungan gula yang tinggi

2) Pewarna & Perasa Tiruan (Caramel colouring)

3) Garam (Sodiu m)

Seperti yang kita ketahui, bahan-bahan di atas boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti Obesiti, Diabetes, Hypertension & Cancer.

Apabila kita meminum air berkarbonat, benarkah perkara-perkara seperti berikut akan terjadi??

  • Terasa perit apabila gas air berkarbonat naik ke hidung?
  • Gigi rasa macam ada satu ‘selaput’?
  • Lidah rasa sedikit kemasaman bau yangmenusuk ke hidung?
  • Rasa seolah-olah  ‘mencucuk-cucuk’ dalam kerongkong bila meneguk air tersebut.

Keadaan di atas disebabkan oleh kandungan :

4) CARBONIC ACID

5) PHOSPHORIC ACID

Kesan kedua-dua asid ini pada tubuh badan adalah:

  • Ia boleh menghakis enamel gigi
  • Ia boleh mengakibatkan kebocoran kalsium dalam tulang – Osteoporosis
  • Asid-asid ini juga boleh merosakkan sel-sel buah pinggang

Kandungan Phosphorus yang tinggi adalah sangat merbahaya kepada kesihatan kita.

FAKTA yang sangat mengejutkan:

PHOSPHORIC ACID – adalah salah satu bahan yang banyak digunakan dalam industri pembuatan bajaracun perosakbahan Pencuci & ubat-ubatan.

Tahukah anda, ia juga digunakan dalam Industri Steel – sebagai bahan pencuci dan bahan kalis karat!

Jadi sayangilah diri sendiri dan juga mereka yang tersayang. Jaga kesihatan kita untuk membolehkan kita menjaga mereka yang tersayang dengan sebaik mungkin.  Akhir kata jangan berikan anak-anak anda MINUM BAHAN PENCUCI ini!

Asas Penjagaan Buah Pinggang

Kidney Image

Berikut adalah beberapa asas dan tips bagaimana kita boleh amalkan dalam menjaga buah pinggang kita agar kekal berfungsi dengan baik:

Perhatikan tekanan darah dan gula darah.

 Ini kerana dua punca utama penyakit buah pinggang ialah disebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dari semasa ke semasa, jumlah glukosa yang berlebihan di dalam darah akan merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil di dalam setiap buah pinggang. Kira-kira 20 hingga 30 peratus pesakit kencing manis akan mempunyai penyakit buah pinggang(nefropati diabetis) dan jumlah ini akan terus meningkat dengan meningkatnya pesakit kencing manis. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran darah kecil yang terdapat di dalam buah pinggang. Saluran-saluran darah yang telah rosak tidak dapat menapis bahan buangan daripada darah seperti yang sepatutnya. Yang paling utama untuk menjaga kesihatan buah pinggang ialah dengan memastikan tekanan darah dan juga gula darah berada pada tahap sehampir normal yang mungkin. 

Amalkan pemakanan yang seimbang.

Kunci kepada diet buah pinggang yang sihat ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melaluibuah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik. Sederhanakan pengambilan kacang tanah, germa gandum, bayam, kacang soya, coklat dan keledek kerana makanan begini kaya dengan kandungan oxalate yang boleh menyebabkan batu karang. 

Kurangkan juga pengambilan daging.

Diet yang mengandungi tinggi protin haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout. 

Minum air.

Satu lagi aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air yang mencukupi. Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari. 

Elakkan dari tabiat merokok.

Jika anda seorang perokok, anda mesti cuba sedaya upaya dari sekarang untuk berhenti dari tabiat tersebut. Merokok bukan sahaja akan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang, tetapi ia juga menyumbang kepada kematian akibat strok dan serangan jantung pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik. 

Kurangkan kafein.

Kafein akan bertindak sebagai deuritik yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan. 

Hidup dengan lebih aktif.

Senaman fizikal merupakan elemen yang penting untukpenjagaan kesihatan buah pinggang yang optimum.Sentiasa aktif adalah baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak dan berat. Melakukan aktiviti seperti berjalan laju, berjogging atau berkebun sangat baik untuk merangsang metabolisme anda.

Pengurusan Pesakit Buah Pinggang

Pemakanan

Antara aspek pengurusan diri yang boleh dilakukan bagi pesakit buah pinggang adalah dari segi penjagaan pemakanan yang sesuai. Apabila buah pinggang tidak boleh berfungsi dengan baik, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan terkumpul sehingga kepada tahap yang membahayakan badan.

Kawalan diet penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan bahan seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein yang berlebihan. Untuk mendapatkan satu pelan diet yang lengkap, pesakit seharusnya mendapatkan nasihat doktor ataupun pegawai deitetik yang bertugas kerana diet yang diberikan member focus kepada nutrient yang spesifik.

diet-pesakit-buah-pinggang

Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu badan. Protein juga dapat membekalkan tenaga dan membantu pesakiy melawan penyakit mereka. Protein diperoleh daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalam badan (melalui proses metabolism), ia akan menghasilkan bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangan yang dihasilkan protein dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Pesakit mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan berada dalam tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan mendapat protein yang mencukupi.

Natrium pula membantu pengawalan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber natrium yang paling mudah diperolehi ialah garam makanan. Natrium yang berlebihan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan pengambilan natrium, contohnya tidak mengambil makanan yang masin dan tidak menggunakan garam secara berlebihan.

Kalium diperlukan untuk saraf dan otot termasuk jantung supaya dapat berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) terlalu tinggi, ia akan menyebabkan otot menjadi lemah dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru, pesakit perlu mengikuti pelan diet yang mengandungi kandungan kalium yang bersesuaian.

Kalsium dan fosforus pula diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walau bagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut dan lesap daripada tulang dan menyebabkannya menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya pesakit perlu mengehadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.

Pengambilan Cecair

Pengawalan pengambilan cecair amat penting untuk pesakit buah pinggang. Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang pesakit sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru. Ini akan memberi  tekanan kepada jantung pesakit, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Pesakit juga mungkin akan mengalami perubahan dalam corak dan kekerapan membuang air kecil ( satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, pesakit harus mengikuti nasihat doktor untuk mengehadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian.

Pemakanan Pesakit Buah Pinggang Yang Menjalani Dialisis

Setiap hari bekerja, mesti saya berjumpa dengan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis. Sememangnya mereka memerlukan penjagaan makanan yang khusus dan betul untuk mendapat tubuh badan yang sihat.

“Makan kena pantang. Tak boleh makan nasi biasa yang berkanji dan tinggi karbohidrat, tak boleh ambil banyak makanan manis, tinggi kan­dungan protein dan garam.

“Jangan sampai terlebih ayam, ikan, daging, hati dan soya. Semuanya kena hati-hati…”

“Jika dah semua tak boleh, habis saya nak makan apa?” Keluhan yang sering ditimbulkan kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

Kebanyakan pesakit mengakui mereka lebih ditekankan apa yang tidak boleh dimakan berbanding apa yang boleh dimakan sehingga mendatangkan tekanan.

Buah pinggang adalah salah satu daripada organ yang penting di dalam tubuh kita. Buah Pinggang mempunyai berbagai fungsi, salah satu fungsinya ialah untuk mengeluarkan bahan buangan dihasilkan oleh tubuh kita daripada makanan yang kita makan. Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak bahan buangan berbanding dengan makanan yang lain.
Walaupun haemodialisis direka untuk menggantikan fungsi buah pinggang, tetapi terdapat juga makanan yang perlu dikawal.

Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.

Objektif penjagaan makanan

-mengelakkan pengumpulan bahan buangan beracun yang berlebihan
-mencapai/mengekalkan berat badan yang sesuai
-mencapai/mengekalkan paras haemoglobin(HB) yang normal
-mengawal tekanan darah
-menghindarkan denyutan jantung yang tidak teratur
-mengelakkan penyakit tulang
-mengelakkan pengumpulan air

BERIKUT ADALAH PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA MEMILIH MAKANAN SECARA BIJAK

1.Cecair

Dengan menghadkan berapa banyak cecair yang anda minum setiap hari,anda dapat menghalang cecair berlebihan daripada berkumpul di dalam tubuh.Cecair yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat,yang mana ianya akan menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih keras, dan akan meningkatkan stres rawatan dialisis.Banyak makanan yang mengandungi cecair seperti buah-buahan,sup dan juga aiskrim.Oleh itu,doktor dan pakar pemakanan akan membantu untuk menentukan berapa banyak yang boleh anda minum setiap hari.Mereka juga boleh membantu untuk memberikan tip bagaimana untuk mengawal rasa haus.

2.Potassium

Potassium akan memberikan kesan bagaimana stabilnya denyutan jantung anda.Ianya boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan terutamanya susu,buah-buahan dan sayur-sayuran.Mengambil makanan yang teralu tinggi kandungan potassium sangat merbahaya kepada jantung anda.Pakarpemakanan anda dapat membantu memberikan lebih maklumat lanjut tentang potassium dan apakah makanan yang mempunyai tinggi kandungan potassiumnya.

makanan-tinggi-potassium

3.Protein

Kebanyakan mereka yang menjalani rawatan dialisis digalakkan untuk mengambil makanan berprotin yang tinggi kualitinya sebanyak mana yang mereka boleh.Protin akan membantu anda untuk menjaga otot dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak.Tubuh anda juga akan mempunyai sistem pertahanan yang lebih kuat terhadap sebarang jangkitan dan akan cepat sembuh dari sebarang pembedahan.Tubuh akan menukarkan protin yang berlebihan ke dalam bentuk sisa buangan yang dipanggil urea.Jika kandungan urea di dalam darah tinggi,ini menunjukkan bahawa tubuh anda berada di dalam keadaan tidak sihat.Memakan kandungan protin yang berkualiti tinggi sangat penting kerana ianya kurang menghasilkan urea.Protin berkualiti tinggi boleh didapati daripada daging,ikan,ayam dan juga telur(terutamanya putih telur).

4.Fosforus

Dengan mengambil terlalu banyak fosforus mineral akan menyebabkan tulang menjadi lemah dan kulit menjadi gatal.Terlalu banyak kandungan fosforus di dalam darah anda boleh menyebabkan kalsium diserap keluar dari tulang anda.Makanan yang tinggi kandungan fosforus seperti susu dan keju,kekacang dan juga mentega kacang mesti dielakkan.Kemungkinan juga anda perlu mengambil pengikat fosforus di dalam darah ketika sesi rawatan dialisis.

5.Kalori

Kalori akan membekalkan kepada anda tenaga.Oleh itu,anda perlu mencari jalan untuk menambahkan kalori di dalam diet anda.Minyak sayuran-seperti minyak zaitun,kanola dan minyak safflower adalah sumber kalori terbaik dan tidak mendatangkan masalah kepada anda untuk mengawalkolestrol.Gula-gula,madu,jem dan gula juga menyumbang kepada kalori dan tenaga. Walaubagaimanapun,sekiranya anda mempunyai masalah diabetis,berhati-hatilah mengambil makanan yang manis.Panduan dan bimbingan dari pakar pemakanan adalah sangat penting bagi pesakit diabetis.

6.Supplement

Oleh kerana anda perlu mengelakkan begitu banyak jenis makanan,maka vitamin dan mineral mungkin akan hilang dari diet anda.Selain itu,rawatan dialisis juga akan turut menghilangkan vitamin dari tubuh anda.Doktor mungkin akan menetapkan suplemen vitamin dan mineral yang direka khas untuk mereka yang telah gagal fungsi buah pinggangnya.Olehitu berbincanglah dengan pakar pemakanan anda tentang makanan yang boleh anda ambil apabila anda menjalani rawatan dialisis.

Sumber: bicaradietwafiz.wordpress.com

Minuman Detox Buah Pinggang

Kebanyakan petua dan penjagaan makanan banyak memberi kesan kepada badan kita terutama jika kita mahu kesihatan kita sentiasa stabil. Jika kita tidak  menjaga ginjal atau dibersihkan kesannya pada badan :

  • Rosak ginjal
  • Gagal berfungsi
  • Keracunan dalam darah
  • Kencing kotor
  • Batu dalam ginjal
  • Gemuk
  • Toksin berlebihan
  • Masalah kulit

Kecekapan fungsi buah pinggang kita biasanya seiring dengan usia kita kerana ia mengendalikan toksin yang masuk ke tubuh kita dari makanan dan juga air tanpa henti. Buah pinggang dan hati kita sentiasa bekerja keras di dalam badan untuk memastikan kita sentiasa sihat dan selamat.

Oleh itu kita seharusnya memastikan buah pinggang kita berfungsi dengan baik sepanjang masa. Salah satu caranya adalah mengamalkan proses detox menggunakan sayur-sayuran yang dapat menyingkirkan toksin di dalam badan secara semula jadi.  Kegemukan meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang beroperasi. Mengambil ubat-ubatan doktor berlebihan dan makanan yang mengandungi kandungan unsur logam berat yang tinggi akan merosakan buah pinggang.

fresh-cucumber-carrot-juice

Lobak merah  (carrot) dan timun adalah antara sayur-sayuran yang mempunyai banyak khasiat. Kombinasi sayur-sayuran ini dapat membantu buah pinggang mengepam keluar asid urik yang berlebihan (penyebab batu karang) dan mengepam keluar toksin yang berlebihan. Dengan meminum gabungan sayuran ni, ia dapat memberi kesan yang baik terhadap pembersihan pada buah pinggang. Kulit kita juga akan kelihatan lebih segar, cantik dan bercahaya.

Minuman ni juga bagus untuk hati dan pundi hempedu dan bantu buah pinggang sekali. Ia mengepam keluar toksin yang berlebihan. Mereka melindungi tubuh daripada jangkitan, dan mereka anti-kulat dan anti-radang. Jus ni membolehkan badan anda untuk menyerap lebih banyak nutrient.

Dengan mengamalkan minuman detox ini, buah pinggang dan keseluruhan kesihatan tubuh badan kita  akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

Sayuran Untuk Kesihatan Buah Pinggang

Kesihatan buah pinggang juga dapat ditingkatkan dengan mengamalkan pemakanan beberapa jenis sayur-sayuran tertentu. Beberapa kajian saintifik menetapkan bahawa beberapa sayuran mempunyai nilai gizi yang tinggi. Sayuran mencangkup unsure-unsur mineral, pelbagai vitamin, protein dan karbohidrat. Sayuran juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, kerana sayuran mengandungi zat-zat semulajadi di dalamnya. Sayuran tidak mempunyai kesan sampingan seperti corchorus yang berkhasiat untuk merawat pesakit reumatik jantung dan lemahnya otot-otot jantung, kerana bijinya mengandungi glukosida (glucoside).

kobis-suedtirol

Antara sayuran yang dapat memelihara buah pinggang adalah sayur kobis. Kobis dapat meninggkatkan fungsi buah pinggang dan yang paling biasa digunakan sebagai ubat semulajadi untuk memulihkan dan menyuburkan buah pinggang. Ia merupakan sejenis makanan yang sesuai terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah buah pinggang. Kobis penuh dengan fitokimia yang membantu memecahkan radikal bebas sebelum mereka boleh melakukan kerosakan. Selain itu, ia adalah kaya dengan vitamin B6, C dan K bersama-sama dengan serat dan asid folik. Rendah dengan kalium, menjadikan kobis tambahan yang baik untuk diet dialisis.

bawang-putih-bumbu-dapur-yang-menyehatkan

Bawang putih juga bagus untuk kesihatan buah pinggang. Ia mempunyai antioksidan dan sifat-sifat anticlotting yang berkesan boleh mengurangkan risiko penyakit buah pinggang dan juga penyakit jantung. Makan 1-2 ulas bawang putih mentah setiap hari dengan perut kosong dapat mengurangkan tahap kolestrol tidak baik dan keradangan di dalam badan. Ia juga melindungi buah pinggang daripada kesan-kesan yang mungkin berbahaya .

Onions-360x360

Bawang besar pula penuh dengan antioksidan yang kuat, boleh membantu menyahtoksik dan membersihkan buah pinggang, dengan itu membantu mencegah pelbagai jenis masalah kesihatan berkaitan dengan buah pinggang.Rendah denga kalium, bawang juga mengandungi kromium, sejenis mineral yang membantu badan memetabolismekan lemak, protein dan karbohidrat. Ia juga mempunyai cirri-ciri anti-radang. Bawang boleh dinikmati mentah atau dimasak dalam pelbagai hidangan. Makan bawang mentah boleh membantu merawat batu buah pinggang secara semulajadi.

beauty

Sayur-sayuran lain seperti cili benggala merah dapat membantu memecahkan sisa toksik dalam darah, dan dengan itu menyumbang kepada kesihatan buah pinggang. Ia adalah rendah kalium dan kaya dengan vitamin A, B6 dan C, asid folik dan serat. Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, ia sering dinasihatkan untuk mengambil pemakanan berkelium rendah kerana buah pinggang yang rosak mungkin tidak dapat berfungsi dengan berkesan menapis kalium dari darah anda.

Begitulah sedikit manafaat dalam pengambilan sayur-sayuran tertentu dalam membantu memelihara dan meningkatkan kesihatan buah pinggang anda.

Diet Untuk Mengekalkan Kesihatan Buah Pinggang

Tiga (3) kunci diet yang sihat bagi melindungi fungsi buah pinggang adalah seperti berikut:

  1. Hadkan pengambilan protein setakat keperluan badan anda. Secara ideal, pengambilan protein adalah sekitar satu per dua gram protein per pound jisim badan iaitu kira-kira 40 hingga 70 gram sehari. ‘The American Kidney Fund’ mencadangkan supaya menghadkan pengambilan protein maksimum 50 gram sahaja sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang.
  2. Menghadkan pengambilan fruktosa (gula) kepada 25 gram sehari iaitu kira-kira 6 sudu kecil atau kurang.water
  3. Minum air kosong sahaja dengan mengelakkan dari meminum minuman manis seperti soda dan juice buah-buahan. Ia membantu mengekalkan kesihatan dan fungsi buah pinggang anda. Cara terbaik untuk menganggarkan keperluan air anda ialah memerhatikan warna air kencing anda (secara ideal, warna kuning pucat terang) dan kekerapan anda ke bilik air ( secara ideal dalam lingkungan tujuh hingga ke lapan kali sehari)

Durian dan Nangka Menjadi Pembunuh

Durian

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

“Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada.” ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. “

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poison.”

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual “bahan-bahan beracun.”

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama “ikhtiar” seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas “bahan kimia”.

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan ‘perubatan sunnah’ iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Oleh: Dr Mohd Syamirullah – Pegawai Perubatan Nefrologi (Buah Pinggang)

Mengkudu Baik Untuk Buah Pinggang

Mengkudu mempunyai khasiat yang baik untuk buah pinggang dan mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Penemuan semula dan minat masyarakat umum terhadapat tanaman ini bermula pada penghujung tahun 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.

buah-mengkudu

Satu bancian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan juga buah pinggang.

Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makan kesihatan atau makanan tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan kesihatan diri dan biopesticid.

Khasiat yang banyak termasuklah untuk kesihatan buah pinggang menjadikan buah mengkudu antara satu-satunya buah ‘ajaib’ yang baik untuk diamalkan.

Ubat Sakit Buah Pinggang

Terdapat beberapa ubat sakit buah pinggang yang boleh dikategorikan sebagai ubat semulajadi anugerah Ilahi yang boleh kita amalkan untuk kesihatan buah pinggang kita. Ianya boleh diamalkan sebagai kaedah rawatan alternatif untuk mengatasi masalah buah pinggang.  Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Daun Sup

daun-sup-lawaIa merupakan kaedah rawatan pembersihan semulajadi yang terbaik untuk buah pinggang. Ia mampu ‘mencuci’ buah pinggang kita. Caranya adalah dengan merebus daun sup dan meminum air rebusan daun sup tersebut. Amalkan segelas setiap hari, insya Allah akan terlihat kesan perubahan kesihatan buah pinggang melalui pengumpulam garam dan racun yang keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

  1. Ceri

Ilustrasi buah ceriBuah ceri sangat baik untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang. Para pesakit buah pinggang adalah digalakkan meminum pati buah ceri yang dapat membantu melancarkan sistem perkumuhan dan memudahkan pembuangan air secara natural.

  1. Asparagus

Asparagus-505x336Asparagus mengandungi bahan terapeutik yang aktif yang dikenali sebagai asparagin. Ia mempunyai manafaat dalam merawat buah pinggang. Jus asparagus dapat menolong memecahkan Kristal asid oksalik dalam buah pinggang. Ia juga dapat membantu pesakit buah pinggang melancarkan sistem pencernaan, melawaskan pembuangan air kecil dan meringankan sistem ginjal.

  1. Daun Parsli

parsliAir rebusan daun parsli juga dapat membantu mengeluarkan segala racun dan garam dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Amalkan satu gelas setiap hari untuk merasai perubahan kesihatan buah pinggang.

  1. Jagung

097414500_1438079406-20150728-JagungRerambut atau bulu jagung juga sebenarnya berupaya untuk mengubati masalah buah pinggang, pundi kencing dan pembuangan air. Caranya adalah dengan merendam sejumlah bulu jagung di dalam air mendidih. Biarkan selama 20 minit dan kemudian ditapis sebelum diminum. Campurkan satu sudu madu dalam air sebelum minum. Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk lebih berkesan.

Begitulah antara senarai ubat sakit buah pinggang yang boleh diamalkan sebagai ubat dan rawatan semulajadi untuk buah pinggang kita.

 

Scroll To Top