Buah Pinggang Sihat

Pemindahan atau transplan buah pinggang

living-kidney-donor-procedure-6col

Pemindahan buah pinggang adalah pembedahan memindahkan buah pinggang sihat ke pesakit buah pinggang. Buah pinggang baru ini melakukan fungsi yang tidak dapat dilakukan oleh buah pinggang anda yang telah rosak. Dialisis diperlukan sementara menunggu pemindahan dilakukan.

Rawatan ini hanya boleh dilakukan jika ada yang dapat mendermakan buah pinggang mereka kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang. Ada dua cara untuk menderma buah pinggang – samada selepas kematian ataupun semasa hidup.

Sumber buah pinggang adalah seperti berikut:

1. Penderma yang masih hidup

Ahli keluarga yang mempunyai padanan tisu sama yang paling hampir tetapi orang luar juga mampu menderma jika sesuai.

2. Penderma organ.

Daripada mereka yang ingin menderma organ setelah mereka meninggal.

Fakta tentang buah pinggang yang didermakan:

  • Penderma mesti seseorang yang sihat tubuh badan sepenuhnya.
  • Jenis darah pesakit dan penderma mesti berpadanan.
  • Penderma masih hidup mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Pendermaan selepas kematian membolehkan 2 organ buah pinggang dipindahkan kepada 2 pesakit yang memerlukan. Pemindahan organ hanya dilakukan selepas kematian otak di sahkan. Penerima organ akan dipilih dari senarai menunggu di mana beberapa calon penerima yang mempunyai jenis darah yang sama dan mempunyai keserasian organ (organ matching) dengan penderma.

Pendermaan buah pinggang semasa hidup buat masa ini terhad kepada ahli keluarga yang terdekat iaitu pasangan kembar seiras, ahli keluarga darjah pertama (first degree relative) dan ahli keluarga darjah kedua (second degree relative), serta pasangan suami isteri.

Bakal penderma dan penerima juga perlu diuji keserasian sepertimana pemindahan organ selepas kematian.

Semasa pembedahan, buah pinggang baru yang sihat diletakkan di bawah otot abdomen berhampiran tulang pinggul anda. Jarang berlaku, buah pinggang yang tidak berfungsi mungkin akan dikeluarkan untuk mengawal risiko jangkitan kuman atau tekanan darah tinggi.

Kedua-dua penderma dan penerima buah pinggang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan penderma dan penerima berada di tahap paling optimum. Ini adalah penting untuk memastikan komplikasi tidak berlaku semasa pembedahan transplan.

Penerima buah pinggang juga perlu mengambil rawatan imunosupresif untuk seumur hidup untuk memastikan badan mereka tidak menolak organ itu. Jika rawatan imunosupresif ini tidak diambil, buah pinggang yang baru ini tidak dapat berfungsi sehinggakan pesakit harus kembali menjalani rawatan dialisis.

Kelebihan pemindahan buah pinggang:

  • Pilihan paling baik untuk memiliki buah pinggang sendiri
  • Rawatan dialisis tidak diperlukan
  • Kawalan pengambilan air dan diet yang minima
  • Mengekalkan rutin harian dengan lawatan klinik yang minima
  • Lebih sihat dan bertenaga
  • Berkerja sepenuh masa tanpa gangguan jadual dialisis

Perkara yang perlu diambil kira:

  • Keresahan menunggu penderma yang sesuai
  • Risiko yang mungkin berlaku selepas pembedahan
  • Risiko penolakan – buah pinggang baru tidak kekal lama
  • Pengambilan ubatan harian yang mungkin menimbulkan kesan sampingan
  • Mudah dijangkiti penyakit
  • Kemungkinan perubahan pada penampilan

Semakin hari semakin bertambah jumlah pesakit yang bergantung dialisis. Sayangnya, penderma organ buah pinggang tidak juga bertambah. Jika lebih ramai yang bersedia untuk menderma buah pinggang, pasti lebih ramai pesakit buah pinggang yang dapat diubati dan mereka tidak lagi perlu bergantung hidup pada mesin dialisis.

 

Ubat Buah Pinggang Semulajadi Memulihkan Secara Fitrah

kidney2-min

Kunci kepada kesihatan buah pinggang yang baik adalah dengan mengamalkan pemakanan harian yang seimbang. Caranya adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik. Dengan kata lain, amalan pemakanan sayur-sayuran boleh dianggap sebagai ubat semulajadi ke arah meningkatkan kesihatan buah pinggang. Antara sayur-sayuran yang baik untuk kubis, bunga kubis, bawang putih, cili benggala dan bawang merah.

Sayur kobis ialah sayuran yang murah dan sangat  baik untuk diet, kerana ia tinggi dengan vitamin K, C , B6, serat dan asid folik, namun ia rendah kalium. Oleh itu ia sangat sesuai untuk buah pinggang. Satu lagi makanan sihat untuk buah pinggang ialah bunga kobis . Ia adalah sayuran cruciferous yang mengandungi vitamin C, folat dan serat. Selain itu ia mengandungi sebatian yang membantu hati meneutralkan bahan toksik.

Selain dari itu,sederhanakan pengambilan kacang tanah, germa gandum, kacang soya,sayur bayam, coklat dan ubi keledek kerana makanan begini kaya dengan kandungan oxalate yang boleh menyebabkan batu karang.

Namun begitu, disamping mengamalkan pemakanan ubat semulajadi di atas,pengambilan daging juga perlu dikurangkan. Diet yang mengandungi tinggi protein haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout.

Satu lagi aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air kosong yang mencukupi. Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.

Secara rumusannya, sentiasalah kita mengamalkan sayur-sayuran dan buah-buhan dalam diet seharian kita yang boleh menjaga kesihatan dan bertindak sebagai ubat semulajadi kepada buah pinggang kita agar kekal sihat sepanjang masa.

 

Apa Itu PREBIOLIFE ?

PREBIOLIFE JPG

PREBIOLIFE mengandungi fiber semulajadi tumbuhan yang kaya dengan prebiotik. Prebiotik adalah salah satu jenis dietary fiber/serat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai ‘soluble fiber’ di mana prebiotik ini merupakan makanan kepada bakteria baik di dalam usus manusia. Bakteria baik ini dipanggil sebagai probiotik.

Pengambilan fiber adalah penting dalam pemakanan harian yang seimbang kerana fiber mempunyai pelbagai fungsi seperti membantu meningkatkan kecekapan sistem penghadaman dan menguatkan sistem imunisasi badan. Antara makanan yang mengandungi prebiotik adalah oat, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Walaubagaimanapun, kandungan prebiotik di dalam makanan tersebut adalah rendah dan  tubuh badan manusia memerlukannya dalam kuantiti yang lebih banyak.

Kandungan dietary fiber di dalam PREBIOLIFE adalah 97% dan kandungan prebiotik adalah 67%. Kandungan prebiotik yang tinggi di dalam produk PREBIOLIFE ini berupaya untuk membantu meningkatkan kesihatan setiap individu yang mengambilnya.

fd8fb07b-a90c-4127-ac99-c3329e768a4f

Selain daripada membantu memelihara dan meningkatkan kesihatan buah pinggang, PREBIOLIFE juga berupaya untuk meningkatkan tahap kesihatan dan berfungsi untuk:

  1. Membantu mengelakkan kerosakan sel dalaman
  2. Mengekalkan organ berfungsi dengan sihat
  3. Meningkatkan kecekapan sistem penghadaman
  4. Membantu menguatkan sistem imunisasi badan.

Untuk maklumat lanjut tentang PREBIOLIFE berkaitan dengan cara pengambilan, testimoni-testimoni pelanggan dan cara pesanan, boleh rujuk laman web di bawah ini:

http://www.fitrahcure.com/

PREBIOLIFE adalah produk makanan tambahan 100% organik yang menjadikan ia sebagai produk supplementary yang selamat diminum oleh sesiapa sahaja dan telah terbukti berkesan.

Pengurusan Emosi bagi Pesakit Buah Pinggang

penjagaan-emosi-pesakit-buah-pinggang

Ada segelintir pesakit buah pinggang terganggu dari segi emosi kerana kegagalan buah pinggang dan ini akan menjejaskan kualiti hidup mereka. Pesakit selalunya tidak dapat mengharungi hidup mereka dengan sempurna setelas didiagnosis mengalami penyakit buah pinggang. Kekuatan emosi amat penting dalam memastikan mereka dapat menjalani terapi yang amat menjerihkan ini. Penghalang utama yang menghalang kejayaan sesebuah terapi adalah diri pesakit itu sendiri yang mempunyai jati diri dan semangat kekentalan yang rendah serta cepat berputus asa.

Selain daripada itu, pesakit buah pinggang juga mungkin menunjukkan simptom kemurungan. Ada kajian menunjukkan ada berlaku tahap kemurungan yang tinggi dikesan dalam kalangan pesakit buah pinggang kronik yang menjalani hemodialisis. Pesakit yang mengalami kemurungan akan mengalami penurunan kualiti hidupnya. Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami kemurungan menghadapi risiko kematian yang lebih tinggi berbanding pesakit yang dapat mengawal emosinya dengan baik.

Oleh itu, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menguruskan pesakit yang mengalami masalah buah pinggang ini. Selain daripada ubat-ubatan, rawatan dialisis serta penjagaan makanan pesakit, penjagaan emosi adalah salah satu cabang yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan kehiduoan mereka menjadi lebih baik. Pencegahan kemurungan harus dilakukan sejak daripada mula lagi apabila mereka didiagnosis dengan penyakit tersebut. Ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam proses rawatan yang akan dihadapi oleh pesakit. Ahli keluarga hendaklah memberi sokongan emosi, mental dan fizikal sepanjang proses dialisis dijalankan. Ini boleh mengurangkan beban kesakitan yang dihadapi oleh pesakit dan meningkatkan semangatnya dalam menjalani kehidupan untuk hari-hari yang seterusnya.

Rakan-rakan pesakit juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk emosi yang sihat terhadap pesakit buah pinggang. Rakan-rakan pesakit ini dianjurkan untuk melawat dalam memberi sokongan emosi yang lebih baik. Masyarakat sekeliling yang berhubung terus dengan pesakit seperti para doktor, pegawai perubatan, pegawai kesihatan  dan jururawat juga haruslah membantu pesakit buah pinggang ini. Sokongan dan layanan yang baik dan bersesuaian ketika bekerja di pusat dialisis haruslah terjaga dengan mesra dan penuh etika dalam berdepan dengan keperluan pesakit-pesakit buah pinggang ini.

 

Rawatan Dialisis Untuk Pesakit Buah Pinggang

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir, rawatan terapi buah pinggang disyorkan sebagai rawatan utama. Lazimnya bagi pesakit yang menggunakan kaedah rawatan hemodialisis, mereka perlu ke hospital atau pusat rawatan dialisis antara tiga atau empat kali dalam seminggu. Oleh itu, pengurusan terhadap keperluan rawatan ini harus dilakukan secara berkala dan memerlukan masa dan komitmen yang tinggi daripada pesakit dan ahli keluarga. Peranan ahli keluarga amatlah diharapkan dengan meluangkan masa untuk menghantar dan mengambil pesakit semasa sesi rawatan dilakukan. Bagi pesakit yang berupaya membawa kenderaan sendiri mungkin tidak mengalami masalah yang besar dalam proses rawatan hemodialisis.

dialisis

Walaupun pesakit yang mengikuti rawatan CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) tidak perlu untuk hadir ke pusat rawatan sekerap pesakit HD (Hemodialisis), namun mereka perlu menguruskan proses rawatan yang baik untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Ini kerana pesakit CAPD mempunyai risiko jangkitan yang tinggi. Pertukaran beg cecair penapis tiga hingga lima kali sehari perlu dilakukan dengan teliti, cermat dan kebersihan perlulah dijaga. Oleh itu, peranan pesakit dan ahli keluarga untuk memastikan rawatan dapat dilakukan dengan sempurna dan selamat amat diharapkan.

Nota: CAPD adalah kaedah yang tidak menggunakan mesin. Dilakukan 4 atau 5 kali sehari dengan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal melalui katerer. Kaedah ini tidak mengganggu jantung, kontaminasi dengan hepatitis lebih kecil. Fungsi ginjal atau buah pinggang yang ada masih dapat dipertahankan, dan proses dialisis pun bekerja selama 24 jam sesuai dengan fungsi buah pinggang secara alamiah. Kaedah CAPD memerlukan penjagaan kebersihan lubang yang menghubungkan buah pinggang di dalam badan dengan dunia luar, iaitu bekas cairan dialisat.

Keburukan CAPD adalah kebarangkalian  yang boleh menimbulkan jangkitan pada rongga perut. Selain itu ,kaedah ini boleh meningkatkan kadar lemak dan mengakibatkan kegemukan (obesiti) kepada pesakit buah pinggang serta boleh menyebabkan hernia dan sakit pinggang.

Panduan Ubat-ubatan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Preskripsi ubat-ubatan bagi pesakit buah pinggang hendaklah diikuiti dengan tepat dan berdisiplin. Doktor biasanya akan member  tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet pesakit. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang.

ubat-ubatan

Pesakit haruslah mematuhi arahan doktor dalam pengambilan ubat-ubatan. Walaupun pesakit sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis namun, pesakit masih boleh mengawal penyakit menerusi kawalan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor. Ini kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan pesakit. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor sudah pasti akan sentiasa menasihati pesakit buah pinggang berdasarkan keadaan semasa pesakit.

Bahaya Ubat Tahan Sakit Terhadap Buah Pinggang Kita

Kita sering mendengar ramai pesakit sering menggunakan ubat atau pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan yang di alami.  Antara jenis-jenis sakit adalah seperti sakit kepala, senggugut, sakit urat, migraine, sakit sendi dan sebagainya, seringkali kita dapati ubat tahan sakit digunakan untuk mengurangkan kesakitan.

Pengambilan ubat-ubat tahan sakit ini secara berterusan boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa yang panjang dan boleh menyumbang kepada komplikasi kepada organ penting tubuh badan kita seperti buah pinggang atau ginjal. Ubat atau pil tahan sakit boleh menjadi punca kepada kerosakan buah pinggang.

bahaya-ubat-tahan-sakit-punca-buah-pinggang-rosak

Berikut adalah senarai ubat tahan sakit yang seringkali digunakan untuk kelegaan segera

Paracetamol 

  • Ia dapat melegakan kesakitan ringan dan sembuh dalam sehari dua
  • Juga berupaya mengurangkan demam
  • Sesuai untuk kanak-kanak mengikut dos yang dicadangkan
  • Sebagai alternative bagi individu yang alah kepada Aspirin
  • Antara ubat tahan sakit paling selamat apabila diambil dengan kadar yang betul.
  • Selalunya tidak memberikan kesan kerengsaan pada perut.

Namun kesan dos berlebihan sangat merbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang

Aspirin

  • Juga dikenali sebagai Actylsalicylic acid.
  • Berupaya melegakan kesakitan otot sendi, sakit kepala, sakit urat dan luka kecederaan.
  • Dapat melegakan senggugut
  • Mengurangkan demam
  • Dapat mengurangkan keradangan kepada pesakit arthritis/sakit sendi
  • Berupaya menghalang pembekuan darah yang abnormal (mengurangkan kejadia stroke berlaku)
  • Tidak sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai pembekuan darah yang tidak normal.
  • Tidak boleh digunakan semasa mengandung
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
  • Kadang kala boleh membuatkan keadaan asthma semakin teruk

NSAIDs

  • Contohnya postan, ibuprofen, Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dan lain-lain.
  • Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan akibat terseliuh dan arthritis/sakit sendi.
  • Digunakan sebagai ubat tahan sakit ketika haid bagi perempuan
  • Boleh menyebabkan ulder perut, maka jangan guna ubat ini jika anda mengalami ulser melainkan di bawah penjagaan doktor.
  • Boleh menyebabkan keadaan asthma semakin teruk
  • Kebanyakannya tidak digalakkan bagi ibu mengandung atau menyusukan bayi.

Oleh itu kalau boleh jangan kita terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit kerana ubat-ubat ini hanya dapat memberikan kelegaan untuk sementara sahaja. Sakit-sakit tersebut boleh kembali muncul semula pada bila-bila masa.

Sebaiknya carilah ubat atau penawar yang boleh menyembuhkan sakit-sakit tersebut secara sepenuhnya di mana ubat-ubatan tidak lagi diperlukan apabila telah sembuh seperti sedia kala.

Yang lebih teruk lagi, penggunaan ubat tahan sakit ini secara berterusan dalam rutin harian anda boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang anda. Bila buah pinggang kita rosak maka makin banyaklah symptom-simptom penyakit lain pula bakal muncul yang boleh memudharatkan kesihatan anda di kemudian hari.

Merawat dan Membersihkan Buah Pinggang Dengan Buah Tin

buah-tin

Khasiat Buah Tin

  1. Kandungan kalium, omega 3 dan omega 6 pada buah tin boleh membantu menjaga tekanan darah tinggi dan mengelakkan dari serangan penyakit jantung.
  2. Buah tin kaya dengan serat yang sangat baik untuk menurunkan berat badan.
  3. Memakan buah tin sebagai rutin harian juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara.
  4. Kandungan coumarin pada buah tin mampu mengelakkan risiko kanser prostat untuk kaum lelaki.
  5. Kandungan tryptophan dalam buah tin dapat menyenyakkan tidur dan sekaligus menyingkirkan masalah gangguan seperti insomnia dan sebagainya.
  6. Memakan buah tin secara harian juga dapat mengurangkan keletihan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.
  7. Terdapat serat larut dalam buah tin yang dipanggil Pektin. Ia sangat bermanfaat untuk mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah.
  8. Berikutan kadar air yang tinggi di dalam buah tin, ia juga boleh bertindak sebagai pembersih kulit yang baik dan membantu mencegah jerawat.
  9. Kandungan kalsium dan kalsium alternative dalam buah tin adalah sangat baik sebagai terapi perubatan untuk mereka yang alergik terhadap produk tenusu.
  10. Buah tin turut kaya dengan phenol dan benzaidehid, suatu bahan anti tumor yang sangat berkesan.

Selain itu, dalam kitab tafsir Al Munir, tulisan Dr. Wahbah Az Zuhaili, tokoh ulama Syria ada menyebut, pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari selama sekurang-kurangnya 40 hari dapat memberi manfaat seperti berikut:

  1. Membersihkan buah pinggang dan suatu bentuk rawatan kepada buah pinggang yang rosak.
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan Buasir
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam serta panau
  8. Rawatan bagi gout.

Khasiat Daun Tin

  1. Meminum air rebusan daun tin juga dapat membantu pesakit diabetes mengurangkan jumlah insulin dalam badan.
  2. Di dalam daun tin terdapat kandungan polyphenois yang berperanan sebagai anti oksidan dan benzaldehyde serta coumarins yang baik sebagai anti tumor dan kanser.
  3. Khasiat lain daun tin ialah mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangi sesak nafas, melancarkan pembuangan air kecil dan besar, membersihkan hati dan limpa, mencegah kanser usus besar, mengawal kadar gula dalam darah dan melambatkan penyerapan glukos dalam usus kecil.
  4. Daun tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol.

Sumber: Majalah i-Sihat

Penyakit Jantung Pembunuh Nombor Satu Di Malaysia

Kementerian Kesihatan menerima lebih 40,000 kes baharu penyakit berkaitan dengan masalah kardiovazcular setiap tahun dengan sebanyak 4,000 daripadanya didiagnosis menghidap penyakit jantung.

Dianggarkan 10-15 peratus daripada 4,000 pesakit yang didiagnosis menghidap penyakit jantung pula perlu menjalani pembedahan.

Tanpa menunjukkan penurunan, penambahan jumlah rakyat yang dikesan mempunyai masalah kardiovaskular amat membimbangkan kerana penyakit jantung merupakan pembunuh  nombor satu di negara ini.

penyakit-jantung

Apakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung? Ia termasuklah mengamalkan diet sihat, kekalkan berat badan unggul, kerap bersenam dan berhenti merokok. Untuk memelihara kesihatan jantung, anda disarankan mengambil:

  • 5 cawan atau lebih buah atau sayur
  • 5 auns ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu
  • Kurang daripada 1,500 mg garam sehari
  • Kurang 450 kalori makanan bergula
  • Tiga atau lebih hidangan bijiran penuh setiap hari
Scroll To Top