Buah Pinggang Sihat

FB Page ‘Buah Pinggang Sihat’

Ramai yang tidak menyedari bahawa menjaga kesihatan buah pinggang adalah sangat penting dan seringkali dianggap remeh. Buah pinggang merupakan antara organ yang terpenting di dalam badan kerana ia berfungsi menyingkirkan kekotoran di dalam darah seperti toksin dan sebagainya.

Oleh itu sama-samalah kita mendapatkan segala informasi berkaitan buah pinggang seperti fungsi buah pinggang, kaedah penjagaan dan rawatan yang banyak dikongsi di Blog ini dan juga di facebook page ‘Buah Pinggang Sihat’ di bawah ini. Boleh ‘Like’ FB Page di bawah ini supaya sama-sama mendapat manfaat tentang perkongsian maklumat tentang kesihatan buah pinggang dan info-info yang berkaitan.

facebook_like_us

http://www.facebook.com/fitrahcure

Semoga perkongsian maklumat di FB Page di atas memberi sedikit sebanyak manfaat.

Kesan Diabetes Terhadap Buah Pinggang dan Lain-lain Organ

71435126962_Diabetes

Aras glukosa dalam darah yang tinggi daripada normal untuk jangka masa yang lama boleh menjejaskan banyak bahagian tubuh dengan teruk. Beberapa masalah ini mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk terjadi. Tetapi jika selagi anda boleh pastikan aras glokusa dalam darah anda sentiasa kekal dalam linkungan normal, maka masalah tersebut dapat dielakkan daripada terjadi sama sekali. Ini merupakan satu sebab utama mengapa kawalan pengeluaran yang baik penting. Berikut adalah senarai bahagian pada badan yang boleh terjejas akibat diabetes:

  • Buah pinggang

Salah satu sebab mengapa anda diminta member sampel air kencing setiap kali menjalani pemeriksaan adalah supaya air kencing tersebut boleh diuji atau dikenal pasti sama ada mengandungi kesan protein yang mungkin menandakan permulaan masalah ginjal. Kehadiran protein boleh disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah kecil atau oleh sesuatu jangkitan. Mereka yang mengalami masalah aras glukosa darah yang tinggi lebih cenderung mendapat sistitis, jangkitan pundi dan ginjal dan diabetes boleh menyebabkan kerosakan pembuluh darah yang kecil.

  • Mata

Retinopati diabetes berpunca daripada perubahan pada pembuluh darah mata yang boleh menjejaskan penglihatan mata. Mereka yang menghidap diabetes untuk jangka masa yang lama boleh mengalami kerosakan pembuluh darah di belakang matanya, lebih-lebih lagi jika keadaan diabetesnya selama ini tidak dikawal dengan baik.

  • Jantung 

Penghidap diabetes mudah terdedah pada masalah peredaran, yang akan menyempitkan arteri koronari(jantung) menyebabkan angina dan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung.

  • Saraf

Kerosakan terhadap saraf dan pembuluh darah kecil boleh menyebabkan rasa kebas dan kurangnya kepekaan kepada kesakitan. Akibatnya anda tidak sedarakan kecederaan ringan yang kemudiannya akan dijangkiti kuman.

  • Genital

Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan gatal-gatal di sekitar kawasan genital. Pada lelaki, kerosakan pembuluh darah yang membekalkan darah ke penis boleh mengakibatkan masalah mati pucuk atau impoten.

 

Bagaimana Penyakit Buah Pinggang Boleh Dirawat?

Rawatan penyakit buah pinggang biasanya lebih bertumpu kepada pengawalan kepada penyebab kepada penyakit buah pinggang. Ini bermaksud, para doktor akan membantu anda dalam mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan tahap kolestrol ke tahap yang lebih baik. Mereka mungkin akan menggunakan salah satu kaedah di bawah dalam merawat penyakit buah pinggang.

  1. Kaedah perubatan dan ubat-ubatan

Doktor anda mungkin mencadangkan ‘ACE inhibitors’ (seperti lisinopril dan ramipril) atau ARBs (seperti irbesartan dan olmesartan). Ini adalah ubat-ubatan tekanan darah yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang. Doktor anda akan memberikan ubat-ubatan ini untuk mengekalkan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik walaupun anda tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

drugs

Satu lagi kaedah ubat-ubatan dalam merawat penyakit buah pinggang adalah menggunakan ‘cholestrol drugs’ (seperti simvastatin). Ubat ini dapat menurunkan tahap kolestrol dalam darah anda dan membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang anda. Bergantung kepada symptom penyakit buah pinggang anda, doktor juga mungkin mencadangkan ubat yang boleh mengurangkan kebengkakan dan merawat anemia (i.e. kekurangan sel darah merah)

  1. Kaedah Mengubah Diet dan Gaya Hidup

Mengubah diet anda adalah sama penting dengan mengambil ubat-ubatan seperti yang dinyatakan di atas. Perubahan gaya hidup yang sihat boleh membantu menghapuskan banyak penyebab kepada penyakit buah pinggang. Doktor anda mungkin mencadangkan kepada anda seperti berikut:

  • Mengawal diabetes melalui suntikan insulin
  • Mengelakkan makanan yang tinggi kolestrol
  • Mengawal pengambilan garam
  • Memulakan cara pemakanan diet yang sihat seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah lemak.
  • Mengawal pengambilan alcohol
  • Meningkatkan aktiviti fizikal
  • Menurunkan berat badan
  • Berhenti merokok

 

Prebiotik & Bakteria Baik

Prebiotik adalah unsur makanan yang sangat baik untuk usus dan sistem pencernaan kita. Ia tidak dapat dicerna usus dan merupakan ‘supplement’ yang bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan perkembangan mikrooragnisme baik dalam sistem pencernaan. Ia adalah serat yang berfungsi secara selektif merangsangkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar. Salah satunya adalah bifidobacteria.

Prebiotik adalah sumber yang amat diperlukan oleh bakteria Probiotik dan merupakan makanannya untuk perkembangan dan pembiakannya secara aktif.

prebiotik

Antara manafaat Prebiotik adalah:

  1. Dapat meningkatkan kesihatan salur percernaan.
  2. Juga dapat meningkatkan kemampuan penyerapan mineral secara optimal oleh tubuh
  3. Membantu menjaga daya tahan tubuh badan dan sistem imunisasi.
  4. Membantu keseimbangan bakteria dalam usus.
Scroll To Top