Buah Pinggang Sihat

Fokus kunci kejayaan seorang usahawan

Perkongsian nasihat dari seorang mentor usahawan tempatan yang berjaya

“Ramai usahawan yang ‘biasa-biasa’ sering tidak fokus pada satu-satu jenis perniagaan. Mereka suka melakukan beberapa jenis perniagaan serentak. Bukan itu saja, beberapa perniagaan itu pula dalam industri yang berbeza.

Apabila ditanya mengapa tidak fokus, sering kali jawapannya kerana perlu ‘hidup’. Melakukan hanya satu jenis perniagaan tidak cukup untuk menjana pendapatan yang baik bagi menampung diri dan keluarga pada zaman ini. Oleh itu, mereka terpaksa melakukan perniagaan lain untuk membantu meningkatkan pendapatan.

Watch this video on YouTube or on Easy Youtube.

Alasan sebegitu sememangnya boleh diterima kerana itu realiti perniagaan. Tidak semua perniagaan akan berjaya dan dengan melakukan beberapa perniagaan, ia umpama dapat membantu perniagaan lain yang tidak menjana pendapatan yang baik.

Namun begitu, masalah akan timbul apabila seseorang usahawan tidak fokus pada satu-satu jenis perniagaan atau satu industri, usahawan terbabit tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi hebat dalam perniagaan berkenaan. Masa dan tumpuannya kini dibahagikan kepada beberapa perniagaan yang lain. Waktu pula semakin terhad apabila terlalu banyak perkara perlu dilakukan dan difikirkan.

Dari segi pelanggan pula, pelanggan tidak dapat melihat kepakaran usahawan terbabit dalam satu-satu bidang. Ini mengakibatkan jenama yang dikaitkan dengan usahawan itu pula terjejas. Lebih baik pelanggan mendapatkan produk kesihatan daripada seorang pakar kesihatan dan bukannya seorang yang mengaku pakar kesihatan, beg tangan, kasut, motivasi dan insurans sekali gus.

Untuk menjadi hebat dalam sesuatu perniagaan, tumpuan amat diperlukan pada satu-satu perniagaan atau industri. Melakukan banyak perniagaan serentak memaksa usahawan itu menjalankan perniagaan yang biasa-biasa saja”

Scroll To Top