Buah Pinggang Sihat

Minuman Detox Buah Pinggang

Kebanyakan petua dan penjagaan makanan banyak memberi kesan kepada badan kita terutama jika kita mahu kesihatan kita sentiasa stabil. Jika kita tidak  menjaga ginjal atau dibersihkan kesannya pada badan :

  • Rosak ginjal
  • Gagal berfungsi
  • Keracunan dalam darah
  • Kencing kotor
  • Batu dalam ginjal
  • Gemuk
  • Toksin berlebihan
  • Masalah kulit

Kecekapan fungsi buah pinggang kita biasanya seiring dengan usia kita kerana ia mengendalikan toksin yang masuk ke tubuh kita dari makanan dan juga air tanpa henti. Buah pinggang dan hati kita sentiasa bekerja keras di dalam badan untuk memastikan kita sentiasa sihat dan selamat.

Oleh itu kita seharusnya memastikan buah pinggang kita berfungsi dengan baik sepanjang masa. Salah satu caranya adalah mengamalkan proses detox menggunakan sayur-sayuran yang dapat menyingkirkan toksin di dalam badan secara semula jadi.  Kegemukan meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang beroperasi. Mengambil ubat-ubatan doktor berlebihan dan makanan yang mengandungi kandungan unsur logam berat yang tinggi akan merosakan buah pinggang.

fresh-cucumber-carrot-juice

Lobak merah  (carrot) dan timun adalah antara sayur-sayuran yang mempunyai banyak khasiat. Kombinasi sayur-sayuran ini dapat membantu buah pinggang mengepam keluar asid urik yang berlebihan (penyebab batu karang) dan mengepam keluar toksin yang berlebihan. Dengan meminum gabungan sayuran ni, ia dapat memberi kesan yang baik terhadap pembersihan pada buah pinggang. Kulit kita juga akan kelihatan lebih segar, cantik dan bercahaya.

Minuman ni juga bagus untuk hati dan pundi hempedu dan bantu buah pinggang sekali. Ia mengepam keluar toksin yang berlebihan. Mereka melindungi tubuh daripada jangkitan, dan mereka anti-kulat dan anti-radang. Jus ni membolehkan badan anda untuk menyerap lebih banyak nutrient.

Dengan mengamalkan minuman detox ini, buah pinggang dan keseluruhan kesihatan tubuh badan kita  akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

One thought on “Minuman Detox Buah Pinggang

  1. Ada satu penyelidikan yang mengambil masa selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) dapat mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top