Buah Pinggang Sihat

Sakitnya Batu Karang

kidney-stone-factors-that-increase-the-risk-of-kidney-stones

Soalan:

Ayah saya berumur 45 tahun dan sering mengalami  sakit-sakit belakang.Kadang-kadang dia turut berasa sakit ketika hendak membuang air kecil.Saya ada membaca artikel mengenai batu karang.Bolehkah doktor terangkan seberapa ringkas mengenai punca berlakunya batu karang dan juga kaedah rawatan yang boleh dijalankan?

Jawapan (Oleh Dr. Ezairy) :

Penyakit ini sudah terlalu kerap kita dengar.Jika bukan diri sendiri,pasti ada rakan atau saudara mara yang mengadu pernah berhadapan dengan masalah ini yang sering menjejaskan kehidupan seharian. Ada beberapa kes di mana pesakit berasa sakit yang teramat, sehingga ada yang sukar untuk berjalan akibat kepedihan pada perut dan akhirnya terpaksa mengambil cuti sakit.

Apakah sebenarnya masalah ini? Batu karang ialah keadaan di mana wujudnya sisa mineral halus seakan batu kristal pada saluran kencing.Saluran ini mengandungi organ seperti buah pinggang,ureter, pundi kencing dan uretra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kotoran yang kemudian disingkirkan daripada tubuh.

Pembentukan batu biasanya mula terbentuk di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang yang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.

Kelompok usia yang sering mengalami masalah ini adalah di antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berlaku pada usia di bawah 20 tahun dan melebihi 40 tahun. Walau bagaimanapun kes sebegini sangat jarang berlaku.

Mengikut statistik, penyakit batu karang lebih mudah menyerang kaum lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ia disebabkan lelaki memiliki hormone testosteron yang tinggi dan ini menjelaskan kepada kita mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top