Buah Pinggang Sihat

Ubat Buah Pinggang Semulajadi Memulihkan Secara Fitrah

kidney2-min

Kunci kepada kesihatan buah pinggang yang baik adalah dengan mengamalkan pemakanan harian yang seimbang. Caranya adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik. Dengan kata lain, amalan pemakanan sayur-sayuran boleh dianggap sebagai ubat semulajadi ke arah meningkatkan kesihatan buah pinggang. Antara sayur-sayuran yang baik untuk kubis, bunga kubis, bawang putih, cili benggala dan bawang merah.

Sayur kobis ialah sayuran yang murah dan sangat  baik untuk diet, kerana ia tinggi dengan vitamin K, C , B6, serat dan asid folik, namun ia rendah kalium. Oleh itu ia sangat sesuai untuk buah pinggang. Satu lagi makanan sihat untuk buah pinggang ialah bunga kobis . Ia adalah sayuran cruciferous yang mengandungi vitamin C, folat dan serat. Selain itu ia mengandungi sebatian yang membantu hati meneutralkan bahan toksik.

Selain dari itu,sederhanakan pengambilan kacang tanah, germa gandum, kacang soya,sayur bayam, coklat dan ubi keledek kerana makanan begini kaya dengan kandungan oxalate yang boleh menyebabkan batu karang.

Namun begitu, disamping mengamalkan pemakanan ubat semulajadi di atas,pengambilan daging juga perlu dikurangkan. Diet yang mengandungi tinggi protein haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout.

Satu lagi aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air kosong yang mencukupi. Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.

Secara rumusannya, sentiasalah kita mengamalkan sayur-sayuran dan buah-buhan dalam diet seharian kita yang boleh menjaga kesihatan dan bertindak sebagai ubat semulajadi kepada buah pinggang kita agar kekal sihat sepanjang masa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top